Wednesday, August 7, 2013

Iftar+reunion with Ex-SAMBBST

Hai. hai. hehe.

Since Ramadhan dah nak kata byeII. Syawal pula dah ber-HyeII. Jadi izinkan diri ini untuk menyampaikan sepatah dua kata. Cewahhh! Haha. :P
But, before tu, aku nak share gambar2 and cerita di balik tabir iftar+reunion ExSAMBBST Batch 2008.

Supposedly, tujuan utama aku datang mesti lah nak jumpa budak2 Espiranza. Dekat page fb, punya lah semangat semua, dr Shirot, asma', Salnur, Balqis, Mas, Nini. .ramai gila nak pergi.

*But at the end, . . .4 orang je yang pergi. *sigh* 
Ini lah wajah2 yang semangat menghadirkan diri. Haha.

But, even tak ramai. . still sangat2 enjoy. Dah lama tak jumpa, semua dah makin matang. And masing2 bawak jalan mereka sendiri. Meh2, aku tolong rumuskan untuk korang. haha. 
Mas:
Baru habis konvo, and nak sambung degree jurusan ekonomi kat UKM. Mas, tahniah and gudluck kay!! :D
Walaupun tak ade good ending with Faiz, still aku yakin she deserves better. May Allah Bless you, darling! Haha.

Nini: 
Still study kat Mesir, usuluddin. . and 2 tahun lg. Really proud of you. Gudluck jugak buat nini. ;) Haa. Yang ni memang confirm2 dengan Ijat. Haha. And of course lahh, hari tu pon ijat datang jugak. Memang dah bagai aur dengan tebing dorang nie. Tak boleh di pisahkan dah. Haha. Hope korang bahagia sentiasa kayy. Amin! :D

Farah:
Haha. Fara lah yang datang paling lambat hari tu. Nak berbuka baru sampai. Bertuah betol! Haha. -_-" Aku rasa aku jumpa fara hampir setiap tahun walaupun hanya 15 minit. And of course, bagi la aku 5 jam dengan dia pon, still memang takkan pernah habis cerita kami. haha.

And ini pengakuan terbuka:
"Fara, aku mintak maaf sebab kes hari tu. Aku kalau boleh taknak pendam2+gaduh dengan kau. Gaduh time form 5 dah cukup disaster and aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku tak nak hilang kawan2 yang baik macam kau. Hope kau sudi maafkan aku kayy. Aku just harap sangat kau faham, aku cakap mcm tu awal2 untuk elakkan pergaduhan yang lebih besar in future dengan kau. Okayy?? :D And kau still my best. best. best. best. best friend forever and sayang kau sentiasa taw!" haha.

Fara pon still study kat USM Penang. Dah lah study psl Science yang memang aku alergic dr dulu. haha. But, still best of luck untuk kau and aku memang always doa yang the best untuk kau. Amin. :D
With fara. Tapi, lain macam pulak tengok muka kitorang. Haha. And time ni, silap lahh. Terpandang camera Shitot. :( Tak dapat lahh pic2 yang smart. haha.
*fara, nampaknya kali ni aku lah lebih gemuk dari kau. Haha. :P

Of course, selain jumpa2 mereka yang tecinta, dapat gak jumpa Izzan yang selalu aku jumpe tue. haha.

Sebenarnya, aku tak sangka iftar ni kami2 kena masak. hehe. Dah lah aku memang fail giler bab masak ni. Jadi, aku jadi tukang potong beberapa keping tembikai with bawang+cili. Itu je yang aku mampu buat masa sekarang ni. But, thumbs up for Nisa'. Memang pro giler masak. Dah boleh kahwin tue. haha.

Bukti yang aku MEMANG tolong mereka masak. haha.

Mereka yang membantu. Tapi. Tapi. Nini just posing ja! Haha.

Mereka dan Izzan! :D
Nak masukkan gambar semua yang hadir. Tapi, gambar gelap lahh. :(

Lastly, aku nak mohon maaf dan ampun kepada semua yang secara langsung dan tidak langsung pernah berkawan/berkomunikasi dengan aku. Aku minta maaf ya if ade perkara/tulisan/gambar2 di blog and kelakuan aku yang menimbulkan ketidak-senangan hati kau orang selama ni. Maafkan aku ya. Please. . :)

Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir batin. Semoga kita dapat berjumpa lagi kayy! ByeII.






Tuesday, July 23, 2013

Proud!




Hai. Hai.

 Happy Ramadhan peeps! hee. Sesungguhnya, mood aku sangat baik hari ni. haha.

The reason is:

Elaun dah dapat weyy!!!! HAHA. Ade rase jeles tak?? So, dah nampak bayangan MP4 di tangan aku time raya nanti. Boleh tengok Hongki even duduk nun. . . . jauh. . . .  di kampung sana. haha.

And oleh kerana mood aku sangat baik hari ni, dgn riang gembiranya aku nak meng-update blog yang tak berapa update nie. haha.

Previous entry, aku macam malu sikit. Yelahh. . punya lah berkobar2 aku nak belajar masak, tapi, dah bulan 5, baru 2 resipi je aku tahu. So, sangat agak memalukan di situ. Oleh itu, with new entry nie, sempena bulan ramadhan yang mulia ni. . bukan 1. bukan 2. bukan 3. Tapi 4 weyy!! Ulang lagi sekali, EMPAT (4) weyy resipi aku dah buat. hehe.

Err. . walaupun hakikatnya, sebenarnye, kebenarannya. . resipi yang aku buat ni sangat lah simple. But, it's okay what than nothing! Lagipun, aku rase aku patut mulakan dgn yang simple2 dulu baru lah aku boleh going further. Since basuh ikan, basuh ayam, goreng ikan, goreng ayam still sangat. sangat menakutkan and too advance bagi beginner macam aku, haruslah aku mulakan something yang very nice, sweet, simple. Bila dah jadi, bermotivasi lah sikit aku nak goreng ikan pulak lepas ni. haha.

So, first receipe, Puding karamel.

Mula2, bila tengok resipi aku still rasa puding karamel sangat complicated . Time aku baca, "hanguskan gula sampai perang and cair". haa?? what the . . bukan kita masak kena elakkan hangus ke?? ni dia suruh hanguskan gula pulak. Apakah?? :O But, after tanya umi, she said,
"kira kena lah letak atas dapur, then kacau sampai lah dia jadi cair. Itu untuk topping karamel. Gula tu lah yang buat jadi sedap and manis". . .Owh, okayy!! hee. Aku yang tak paham bahasa masak2 nie. hehe


Ini lah yang kena hanguskan gula tu. haha. :P

So, after tanya dari umi and umi guide sikit2. It's simple lahh nak buat karamel. haha.

Jadi, kawanII, Ini lah hasilnya! Yeayy!




Next is Tembikai laici de'coco.

Err, sebenarnya, yang ni macan entah pape je. Aku main masukkan je ape yang aku nak. Sebab time aku pergi bazar, macam2 jenis air, yang sampai aku tak pernah dengar pon ade. Mereka pon, aku rase try and error, masukkan ape yang sesuai. Jadi, aku pon berlagak macam saintis hebat, main buat je. But, at the end, jadi okayy air tue! Sedap lagi. haha. And. and. Habis, sampai kering jag tu. Orang berebut-rebut okay. Ehem. Famous air I.  haha.
Senang je buat dia. . buat air tembikai macam biasa, tambah laici, tambah nata de coco. Done! Haha. Tapi, kena pandai adjust lah brpe banyak sukatan nak.

 And. ehemII. Nak bagi tahu nie, aku lah yang cipta nama dia. "Tembikai Laici De'Coco". Sedap kan? Sedap kan? Haha. Yang ni takde gambar. Cause, time tu dah kelam kabut nak berbuka puasa. Tak sempat nak snap. Lgpun, bila nak snap, tahu2, dah habis air tue. Sedap kan. Tu yang laku tu. Hahaha. :P

Third, Banana Slip.

Yang ni, effect novel punya pasal. Aku tak ingat novel ape. But, kalau kita baca time puasa, then dia cakap dia buat banana slip for her husband, wahh. wahh. Harus lah aku terliur kan?? Memang terbayang je banana slip tue. Mesti marvellous gila.
Then, oleh kerana sungguh tak tahan nak makan jugak banana slip. Aku cakap jugak kat umi.
"Umi, umi, panas macam ni, makan banana slip time berbuka mesti sedap giler kan? kan?" Umi pandang aku lama gila. . cara pandang tu macam nak dapat. hee. But, "Alaahh , jauh lah nak pergi ioi. Pergi je beli barang kat tesco, pastu buat. Tue, ambik duit." Alaaa. . Punah harapan. :(

But, sebab dah kempunan sangat, aku beli jugak barang kat tesco. Aiskrim, pisang, chocolate syrup. Chocolate rice, pakai umi punya. Ini pon sangat2 lah simple. Belah pisang kepada dua bahagian, letak kat tepi mangkuk. Tengah tue, letak aiskrim. Last sekali, letak chocolate syrup and chocolate rice. Done! Hehe.

But, tak lah sehebat macam kenny rogers buat. tapi, tapi, still boleh makan okayy! Nyam. Nyam lagi. hehe.


Hee. Supposedly, mcm ni lahh banana slip yang aku bayangkan.
 Tapi, ape yang aku buat, still not bad okayy! hee. Tak dpat nak masukkan pic banana slip versi aku, tak sempat snap. *-*


Last, Coctail soda.

Hee. yang ni aku baru buat tadi. Best tahu! And very the sedap yang tiada tandingan punya lahh. Haha. Selalunya aku mkan cocktail, it's just biasa. Cocktail susu yang ade buah. That's it. But semalam, time aku beli cocktail kat johor, ade rase soda, gas macam tu. Wahh! Wahh! Ini sudah sedap. Terus aku cakap, "Umi, balik rumah, akak nak buat macam ni." So, here the result! Sedap giler weyy! Haha. :P

Yang ni, dengan confident nya aku nak beritahu, sangat senang buat dia okayy! Hehe. Berlagak kan?? Tapi, ini lahh yang paling senang aku tahu buat. Harus lah aku bergembira. haha. So, buat dia, masukkan susu cair 1 tin, air kosong 1 tin, air soda 1 tin, cocktail 1 tin. Oleh sebab aku nak variety rasa, aku tambah laici 1 tin (Just ambil buah je), nata de coco (pon ambil buah dia je). Then, siap!! Hehe. Ini lah hasilnya ya TuanII dan PuanII. :D



But kesimpulannya, still sangat2 susah nak masak. Sangat respect pada orang yang pandai masak. Aku entah zaman bila baru pandai masak. :(

Err. . to my Enchik Future Husband, sila sabar ya! Saya tengah berusaha ni. In shaa allah dengan 4 resipi ni, confirm awak tak kebulur dah. haha. :P
















Thursday, April 11, 2013

Random: Student vs Bekerja

Ehh. . . Dah akhir bulan 4 la you!! hee. percaya atau tidak, akhirnye, after 3 months, dpt baca my blog. haha

Akan tetapi,

Macam memalukan betul bila review my blog. Sungguh, aku cakap mcm tak serupa bikin. After beberapa azam yg membara aku taip, konon nak pandai masak+kurangkan berat badan, nampaknya it's just omongan kosong. :(

Tapi! Tapi!

Jangan putus asa! haha. Still ade masa lg. At least, ade 8 bulan lg. Semoga Berjaya fiza! :D

Eventhough ade pepatah yg mengatakan,

Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih, tp aku still nk jugak kata sbb praktikal yg maha penat ni la buat azam aku delay, okee???

Tahukah anda, apabila anda memasuki alam pekerjaan, sila la ucapkan selamat tinggal pada dunia yg merambu ramba tu! Contoh paling ketara, Ade 3 cerita wayang aku terlepas: Olympian has fallen, and everything. Tension tahu!

Suatu masa nanti, aku akan cerita the real life about praktikal. Like drama series. Biar la berpart2 pon. But, it will take times la. hehe.

But, untuk this post, ade satu yg aku nak highlight, about recent issues, not PRU13, but kes buli Budak tu.

PENDAPAT AKU,

Dari komen yg aku baca, either tweet, facebook or blog, semua ckp budak tu bodoh la, ape la, tunjuk bagus padahal masih budak! And everything.

See. Tak nampak ke kat situ? Mereka masih budak. Kenapa masyarakat nak menghukum. Budak2 mcm tu, sepatutnya di beri nasihat, tunjuk ajar, bukan suruh diorang bunuh diri. Come on la commentar! Shame on you.  Awak dah dewasa, dah makan garam dulu, dah lalui hal2 buli dan seumpamanya ni, dah pernah rasa macam mana time kita budak2 mentah dulu, nak jadi berkuasa. It's common. Tak boleh salahkan mereka. Salahkan diri kita sendiri, kita yg bawak budaya tu kepada generasi muda sekarang ni.

But, yg dewasa boleh guide mereka, beri mereka peluang, mereka budak. Ye! Ape mereka buat kejam. Tapi, salah siapa? Salah kita yg bawak budaya tu. How bad they are, they sill human. Ade hati dan perasaan. So, just stop marah2, maki2, hina2, but beri mereka peluang untuk tebus kesalahan. They still young. Perlukan tunjuk ajar dari yang dewasa. Bukan suruh diorang BUNUH DIRI. Aku tak faham, ramai commentar cakap mereka otak singkat, tak rasa ke ape yg korang komen, lg singkat pemikirannya?? Suruh diorang bunuh diri?? Heyy, come on la. Sebelum suruh org lain berfikir, kita fikir dulu ape yg kita cakap.

See, dah berperasaan aku menaip ni haa. Lebih baik stop cepat2 before aku mengarut yg bukan2 lg.

Lastly,

Untuk mereka yg pernah melakukan kesalahan, *aku jugak la tu.haha

Selagi kita masih hidup di muka bumi ni, peluang sentiasa ade. Belajar untuk tebus kesalahan yg pernah kita lakukan. Biar lah semua menghina, but always remember, In shaa Allah, Allah sentiasa ade di sisi kita. Percaya kat diri kita sendiri. Kuatkan semangat k! :) May Allay Bless always, walaupun seluruh dunia menghina kita. Sekian.


Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita. . .



















Friday, January 25, 2013

Azam 2013: Belajar masak oit!

Since exam sudah abis. Apa lagi. Yeayyyyyy!!!! Dah boleh duduk rumah full-time. Best gilak. Akhirnya, after 9 tahun, dapat duduk rumah time sabtu ahad atau cuti2 panjang. . Sekarang dah boleh duduk rumah lama2. Hee. Sgt seronok ni. :D

But, after di fikirkan kembali, bila dah duduk rumah, dah takde la alasan tak belajar masak kan?
Dulu, duduk asrama. . bg alasan, penat la, ape la. Time2 dok rumah ni nak rehat. Same goes jgak time duduk perlis.
Fuhhh. And now, dah takde la alasan sedemikian kan? So, people, wish me luck. Ni anak dara yang terlebih umur baru nak belajar masak. haha.

Untuk menunjukkan betapa 'komited'nye aku terhadap pengajian memasak ni, baru 1 hari sampai rumah, aku dah belajar masak oke! kahkahkahkah. 

So, here my 1st learning: 

Sambal tomat!

Aku tak tahu la org melayu familiar tak with sambal tomat ni. But, ni adalah most favorite aku yg SUNAT MUAKAD ade kalau aku duduk rumah. Owh yeah, tomat ni sebenarnya adalah tomato je. Aku ikot org indo panggil. hee. Baru feel sikit orang kata. haha.

Kira kalau melaka sgt fofular with cencaluk, org negeri dgn tempoyak, kelantan dgn budu-nya, then org indo *eyh, yeke org indo? But, for sure untuk pekerja2 indo ayah aku sgt terkenal dgn sambal tomat ni. Dulu, time bik noor buat, aku pandang sebelah mata sahaja, but, after dah rasa, Haa. Amik kau! Sampai perlis aku carik, sumpah takde. Time tu, rasa sambal tomat ni macam dah panggil2 je aku kat Puchong ni.

Jadi, dengan bangga-nya, harus la ni lauk pertama yang aku belajar kan? So, here's the receipe.

  1.  Panaskan minyak, masukkan bawang yg dah potong2 dlm kuali. Ikot kuantiti nak berapa banyak. But, untuk kes aku yg kuat makan sambal ni, 2 biji ok! :)
  2. Masukkan cili padi. Tak payah potong mayang ke ape ke, just masuk je. Owh, sila la buang tangkai tu k. ;) Pon ikot kuantiti nak berapa. Refer to my case, 1 genggam la! Baru rock!! hee. Tak silap, dalam 15 batang kot. Kacau sampai dia jd ala2 lembik. 
  3. Masukkan tomato yg dah dipotong. Dalam 3 biji yg aku pakai. Nanti jadi macam ni. 

Then, korang kacau. Dan kacau lagi. Kacau lagi sampai rasa dah masak. Owh, nota kaki. Penting ni: Pakai la baju lengan panjang time masak. hee. Sakit tahu time minyak panas tu ala2 nak bermanja pulak dgn aku, mentang2 aku jarang sekali masuk dapur. Habis minyak terpecik2 kat tangan aku yg halus,tulus, mulus ni. :P

After then, bila dah siap masak, korang kene lenyekkan dia. Macam ni: 

Kemudian, kita kena masukkan balik dalam kuali. *Bibik aku kata, kena goreng balik untuk elak basi. Aku pon tak paham sgt. Aku hanya mampu mengangguk shja. haha. Owh, time ni la boleh masukkan garam, ajinamoto untuk jadi penyedap rasa.

Lastly, dah nampak mcm sedap je untuk di makan, korang masukkan la dalam mangkuk yang bersesuaian. Like this:

Tadaaa. . siap sudah! Sedap tahu tak. Fuhh. . masih terasa lg kesedapan dia kat tekak aku. haha. See, aku dah pandai masak 1 resipi. Aku dah promise kat diri aku. Tahun 2013 ni, at least 50 resipi aku kena belajar. Err. . 49 lauk lagi. Alaaaa. . awat macam banyak pulak la ni? :( But, it's ok. Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan. 
Wish luck for me k? hee. :D     






Sunday, January 13, 2013

Owh, Final!

Since sekarang nie musim exam untuk aku, harus la mood aku nk bercerita pasal exam. Iye dok? Study. Study. Dan study lg. Berchenta pulak dgn buku yg maha tebal. Huwaaaaa!!! Cepat la habis exam. Tak larat nak baca buku2 tebal ni. :(


Hehe. Tempat study aku. Takde la meja belajar mahal2. Ni je mampu, but best ape. :D
Sebelah kanan cerita Step up, depan buku. Sebelah kiri coklat. Wahh. Wahh. Heaven.
Eyh, nk kurus ke tak nak kurus ke. Makan coklat penting wey!! Boleh reduce stress org kata. haha.




But,








Dari sem 1 sampai smpai sem 5. Aku nak kongsi something. 1 perangai yg aku jumpa. Sungguh aku tak berkenan dan makin kronik aku rasa. Kedekut ilmu! Choii.

Rasa marah yg membara di jiwa *cewahh, aku sabarkan since ade paper yg aku kena hadap tadi. Seriusly,
Apa yg korang dapat kalau korang kedekut sgt dgn ilmu yg korang dapat dengan kawan sendiri? Kira kalau korang hide information tu, then boleh dapat dekan la. 4 flat. A++++ . Macam tu ke?

Dekan tu. Title je. A++ yang korang kejar tu, sungguh itu hanya la sementara. Tak ade ape yg mampu di banggakan pon. And of course, Bukan boleh bawak sampai ke kubur. Bukannya nanti malaikat tanya, Organizational development dapat A tak? Compensation dapat A+ tak? Sem 5 dapat dekan tak? Kalau tak, kena seksa. Ular besar gigit. .
But, inshaa allah pahala untuk ilmu yg korang sudi nak kongsi. . mmg confirm boleh buat sebagai amalan jariah. Sampai ke kubur boleh bawak.
 Dalam Islam sendiri mention about sedekah ilmu. Akibat menyembunyikan ilmu:

Sabda Rasulullah saw: "Sebaik-baiknya seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, Rasulullah saw juga bersabda: 'Sesiapa yang di tanya mengenai ilmu lalu dia manyembunyikannya, akan di ikat mulutnya, dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.' (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tarmidzi)

So, sayangku sekalian. Sendiri mahu faham. Takkan aku nak cerita panjang2 kan.
Memang la hak korang nak kongsi ke tak nak. Tapi, Allah dah bagi opportunity untuk kita buat pahala. So, just grab it la! Kita bukannya macam bangsa cina yg berlumba2 untuk capai kejayaan sehingga menghalalkan segala cara. Tak luak pon kalau kongsi ilmu yg kita ade. Opportunity untuk dapat pahala, lg ade. So, kenapa kita nk deny benda tu. Sangat frust kalau jumpa orang yg macam ni. And of course lagi kecewa, kalau 'kawan' sendiri yang buat macam ni.

But, aku rasa. peringatan ini untuk diri aku dan semua. Mari kita berkongsi ilmu. Oke? :D







Friday, December 28, 2012

2012: Shutting Down

Fuhh~ Finally. Finally. 2012 akhirnya hampir2 nak melabuhkan tirai. Ye. It's full of memories. But, aku mmg tak boleh nak tipu. Aku memang tak sabar2 untuk menuju ke 2013! Sebab utama:

  • Nak kahwin. Umi cakap, kalau dah habis belajar, baru boleh kahwin. Haha  Eyh, silap2. Inshaa Allah, kalau di izinkan oleh-Nya, tamat lah perjalanan aku as degree student pd tahun 2013 ni.
Dalam masa 12 bulan, 50 minggu, hampir kepada 365 hari ni, . Ini adalah penghargaan untuk mereka2 yg sentiasa berada di sisi aku dan sesungguhnya aku amat menyayangi mereka, seumur hidup aku. 
  1. Family.
Alhamdulillah. Allah kurniakan family yg sgt2 the best buat aku. Memang ade kurang sana sini. But, fair enough untuk aku. Nak mintak lebih2 pon aku tak berani, sbb aku mmg dah bahagia dengan keadaan yg sekarang ni. Aku hanya berharap semoga Allah lindungi keluarga kami dan jauhkan kami dari mata2 jahat. Biar datang walau berat mana pun dugaan, biar la family ade jugak di sisi aku. Dan biar la kami kekal bersatu untuk selamanya. Itu harapan daan doa aku till the end. 

Celebrate anniversary my parents birthday. So, inilah hasilnya dari perkahwinan umi dan ayah aku after 23rd years.  Anak2 yg comel dan cute. haha. Walaupun semua pakai baju tidur. Konon2 nak buat surprise, tapi nak beli kek pon kena pakai duit mak aku. Harus la mak aku tahu kan. haha. :P


Alif. Adam. Akil. Anak jaga mak aku. Aku tak tahu nak start dari mana. But, mereka ni memang aku dah anggap mcm family aku. Dan, mereka adalah adik2 aku. Just lain mak bapak je. :D

2. Friends "UiTM"
Since aku bukan la pengumpul kawan2 yg sgt ramai, aku ade 2,3,4 yg betul2 aku rapat, selesa dan seumpamanya, dan paling penting mereka akan bersama dgn aku tak kira ssh atau senang. Dah too perfect untuk aku. Since aku akan tinggalkan dunia UiTM, ini lah sahabat masam2 manis aku. :D



Sue&Yus. Sumpah, tak tipu. Benda yg paling berat untuk aku tinggalkan dunia UiTM ni, adalah mereka. Sahabat sehati sejiwa aku. Yg ade dgn aku tiap masa aku perlukan. Buruk macam mana aku pon, mereka still support aku.
Pic atas: Mereka buat surprise party. Tak boleh nak heavy, tepung bagai. Esok nk test. But, effort mereka sgt aku hargai sampai aku mati.



Mereka yg ade dgn aku since sem 1. Buat assignment sampai tak tido,nervous nak presentation sama2, compete together, hang out sampai rasa nak pengsan, buat kerja gila pon sama2. haha. Conclusion, Semua dgn mereka la. :P



Ini. Abang yg konon2 jaga aku kat perlis. Buat ni tak boleh, buat tu tak boleh. Semua tak boleh. huh. Tapi, last2 aku yg jadi tukang back up depan awek mereka.  But, sgt2 berterima kasih pada mereka. Sometimes, mereka adalah pendengar yg sgt2 baik dan tukang support kisah cinta aku yg tak berapa nak jadi tu. haha. Thanks to both of you, abangs! :P

3. Aman.
Sepanjang setahun ni, dia la yg the best. Kawan yg bersama dgn aku dari sesenang-senangnye hingga sesusah-susahnya,, musuh yg nak buat gaduh, minta pertolongan as brothers, kena dengar ceramah macam ala-ala dari ustaz yg bertauliah, tukar2 pendapat mcm panel kat forum, dan last, tempat yg kalau aku rasa nk sweet2 je, dia la yg menjadi mangsa kena rasa manis2 gedik aku. And paling best dari semua tu, setiap function tu dia laksanakan dgn sgt2 la cemerlang dan sgt la sabar bersama dgn aku yang entah pape entah nie. haha.  

Owhh, and thanx untuk dia jgak! Dia la penyumbang utama kpd masalah kegemukan aku. Sbb duduk dgn dia, mmg wajib untuk makan. makan. makan. dan makan lagi. Since our time sgt2 la limited. Tak tahu sampai bila boleh lepak sama2, kot2 one day dia atau aku dah tak available lagi. So, kitorang try penuhi dgn aktiviti2 supaya boleh di kenang satu hari nanti. Pelik kan? haha. But, It's true. Zaman muda2 je boleh buat perangai plik2 nie. :P




At Broga hill. Kot2, lepas aku mendaki bukit ni dapat la kurus sikit. Tapi, mcm sama je. Lagi2, dah duduk seminggu kat rumah. . memang confirm dah naik balik badan aku. :(

2012: 1 yg aku pelajari, TAKDIR. Memang ALLAH dah tentukan sejak dulu lagi. Sejak kita belum lahir lagi. But, kita kena realize, mmg la allah dah tentukan our destiny, but, kita ade pilihan kita sendiri untuk pilih jalan yg mana. Please. Please. Please. Jgn mudah mengalah pd dugaan. Sometimes, dugaan, keedihan, kegagalan yg membawa kita menjadi insan yg lebih baik di muka bumi Allah nie. Percaya pd diri sendiri k. 
Note ni sebenarnya lebih kepada diri aku sendiri jugak. :)











Friday, December 7, 2012

Facts about wanita, and yupp. It's true!


Aku mmg dah jumpa ni banyak kali. Just hari ni aku terasa nk share. And, aku modified sikit2. Bagi komen sikit2, ape yg fakta mahupun auta. Yg memang  pernah menjadi dalam perjalanan hidup aku selama 21 tahun ni. Aku tak tahu siapa yg create ni. But, seriously. Almost true. And aku tabik spring for those yg create about this facts. Tak tahu kat mana dia korek. 30 FAKTA tu!!


Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bagi aku, aku tak 'menitiskan air mata' adalah kerana ego. And sometimes, utk kes yg sangat berat, aku tidak menitiskan air mata sebab aku tahu, sekali aku dah mengalirkan air mata tu, it's sangat. sangat la susah untuk di recovery balik. 
Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • True. Bak kata pujangga, Masa akan mengubati segalanya. Cewahhh!!! haha. :P
Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.
  • True. Kalau aku syg, aku nampak semuanya baik. Sebab tu aku nampak family aku baik2, kawan2 aku superb. Someone pernah tanya aku, kenapa still kawan dgn dia? Dia jahat. Homaii!!! Takkan awak tak nampak? Sebab sayang la, saya langsung tak nampak yg buruk. Err. . mungkin ade, but, nobody's perfect kan? So, take it. 
Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.
  • True. True. True. Jangan kata time dengan lelaki lain, time bangun tidur, makan, minum, tidur balik, jogging (cehh, nak cakap la konon2 nye aku jog. haha), everything is about him. Believe it, sometimes mengingati someone yg err. . kita suka or syg, mmg something yg membahagiakan. Ala2, sumber inspirasi gittewww!! haha. 
Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
  • Entah, tak rasa lagi. But, for me, when kita pandang someone yg kita syg, ade rasa macam air terjun tengah mengalir mencurah2 ke dalam hati ini. heww.~ jiwang gilak ayat aku. 
Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  • A'ah, pujian for increase motivation. But, for me, Aku tak berapa suka sgt lagi2 daripada lelaki. Sebab aku tak berani nak percaya kepada ayat2 mereka. Hari ni, dia mungkin memuji, but, esok, dia mungkin mengeji. Who knows?
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  • A'ah. True. Most importanto!!! Jangan bagi harapan pd perempuan kalau tidak mampu beri komitmen. Please~
 Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Setuju!
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Betul. Betul. For me, blog la yg jadi mangsa. haha. Orang baca atau tidak, belakang kira. Asalkan aku dah boleh luahkan apa yg aku rasa. It's fair enough. 
Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.
  • Betul. Untuk aku, memang aku tak berapa suka pujian, but, PENGHINAAN! Sesungguhnya, lagi aku tak suka. Berganda2. 
Bersikap terlalu serius bisa mematikan mood wanita.
  • A'ah. Menakutkan! Aku tak suka lelaki yg garang (yg serius semua aku anggap garang) dgn aku. Memang aku lari jauh2. haha.
 Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.
  • Aku pernah rasa, tapi tak pernah buat macam tu lagi. haha. ;)
Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  • A'ah. Aku berasa jealous tergugat. Lagi2, kalau aku keluar dgn lelaki yg aku suka. Peace. Hee~
Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.
  • Sesungguhnya, ini la yang aku sedang buat. Tapi, aku rasa, kalau lelaki dah kenal aku, semua lari jauh2. Banyak sungguh buruk dr yg baik aku ni. hee~
Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  • Betul. Betul. Betul. Please, tanya dulu. Jangan nak terus judge. Perempuan ni, macam2 fikiran dia. Very complicated. Try memahami dulu. Then, baru boleh nk judge. Ok? :D

Err. . cukup kot 15 dulu. Tak larat aku nak tulis panjang2. haha. Sesungguhnya, yg ade tanda 'bulat kecik' tu, pendapat aku. Janagn salah faham. Itu pendapat aku, ape yg aku rasa. Everyone ade dia punya pendapat kan? So, chill ya. :)

8.12@3.15 a.m