Friday, January 25, 2013

Azam 2013: Belajar masak oit!

Since exam sudah abis. Apa lagi. Yeayyyyyy!!!! Dah boleh duduk rumah full-time. Best gilak. Akhirnya, after 9 tahun, dapat duduk rumah time sabtu ahad atau cuti2 panjang. . Sekarang dah boleh duduk rumah lama2. Hee. Sgt seronok ni. :D

But, after di fikirkan kembali, bila dah duduk rumah, dah takde la alasan tak belajar masak kan?
Dulu, duduk asrama. . bg alasan, penat la, ape la. Time2 dok rumah ni nak rehat. Same goes jgak time duduk perlis.
Fuhhh. And now, dah takde la alasan sedemikian kan? So, people, wish me luck. Ni anak dara yang terlebih umur baru nak belajar masak. haha.

Untuk menunjukkan betapa 'komited'nye aku terhadap pengajian memasak ni, baru 1 hari sampai rumah, aku dah belajar masak oke! kahkahkahkah. 

So, here my 1st learning: 

Sambal tomat!

Aku tak tahu la org melayu familiar tak with sambal tomat ni. But, ni adalah most favorite aku yg SUNAT MUAKAD ade kalau aku duduk rumah. Owh yeah, tomat ni sebenarnya adalah tomato je. Aku ikot org indo panggil. hee. Baru feel sikit orang kata. haha.

Kira kalau melaka sgt fofular with cencaluk, org negeri dgn tempoyak, kelantan dgn budu-nya, then org indo *eyh, yeke org indo? But, for sure untuk pekerja2 indo ayah aku sgt terkenal dgn sambal tomat ni. Dulu, time bik noor buat, aku pandang sebelah mata sahaja, but, after dah rasa, Haa. Amik kau! Sampai perlis aku carik, sumpah takde. Time tu, rasa sambal tomat ni macam dah panggil2 je aku kat Puchong ni.

Jadi, dengan bangga-nya, harus la ni lauk pertama yang aku belajar kan? So, here's the receipe.

  1.  Panaskan minyak, masukkan bawang yg dah potong2 dlm kuali. Ikot kuantiti nak berapa banyak. But, untuk kes aku yg kuat makan sambal ni, 2 biji ok! :)
  2. Masukkan cili padi. Tak payah potong mayang ke ape ke, just masuk je. Owh, sila la buang tangkai tu k. ;) Pon ikot kuantiti nak berapa. Refer to my case, 1 genggam la! Baru rock!! hee. Tak silap, dalam 15 batang kot. Kacau sampai dia jd ala2 lembik. 
  3. Masukkan tomato yg dah dipotong. Dalam 3 biji yg aku pakai. Nanti jadi macam ni. 

Then, korang kacau. Dan kacau lagi. Kacau lagi sampai rasa dah masak. Owh, nota kaki. Penting ni: Pakai la baju lengan panjang time masak. hee. Sakit tahu time minyak panas tu ala2 nak bermanja pulak dgn aku, mentang2 aku jarang sekali masuk dapur. Habis minyak terpecik2 kat tangan aku yg halus,tulus, mulus ni. :P

After then, bila dah siap masak, korang kene lenyekkan dia. Macam ni: 

Kemudian, kita kena masukkan balik dalam kuali. *Bibik aku kata, kena goreng balik untuk elak basi. Aku pon tak paham sgt. Aku hanya mampu mengangguk shja. haha. Owh, time ni la boleh masukkan garam, ajinamoto untuk jadi penyedap rasa.

Lastly, dah nampak mcm sedap je untuk di makan, korang masukkan la dalam mangkuk yang bersesuaian. Like this:

Tadaaa. . siap sudah! Sedap tahu tak. Fuhh. . masih terasa lg kesedapan dia kat tekak aku. haha. See, aku dah pandai masak 1 resipi. Aku dah promise kat diri aku. Tahun 2013 ni, at least 50 resipi aku kena belajar. Err. . 49 lauk lagi. Alaaaa. . awat macam banyak pulak la ni? :( But, it's ok. Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan. 
Wish luck for me k? hee. :D     






2 comments:

yusmieza said...

meh kat aq cikit :)

Fyza Fauzi said...

Haha. Kalau nak, datang rumah aku dulu! Bawak fitri sekali. hee. :P