Tuesday, December 31, 2013

Lesson 1: Mari Jelajah Vietnam!

Hai. Hai semua! Haha. Serius sangat lama untuk melawat kembali ini blog. But. Bagi aku. . even ada mcm2 social media. .jgn di pandang rendah dengan keupayaan blog. Ia mampu menyampaikan sebuah cerita. Dan oleh itu, izinkan patik untuk menyampaikan hikayat purbakala sebuah keluarga merantau ke Vietnam untuk menjadi peneman tidur Tuan Hamba. haha.

So. Kisahnya bermula begini!

Entah mimpi ape ayah aku. .dia cakap nk bawak 1 keluarga pergi China. Kami pon. .org memberi. .1 KLIA kami tadahkan. haha, But, tengah mcm2 nk excited. Unfortunately. .China tengah membeku. Kira mcm tak berbaloi lah nk pergi melancong ke sana. So. aku igt mcm dah tak jd. But. Tiba2 di satu pagi yang hening, ayah wassap kat Group family. .yg dia dah booked already our trip to Vietnam!

Reaksi aku: Errkkk! Vietnam?? Ade apekah di situ?? Ade benda menarik ke?? But, kalau orang dah belanja. . sumpah aku bersyukur and. .layan je lahh! Asalkan boleh pi jalan2! haha.

And of course. .mak aku yg super duper excited! Why?? Because. .boleh shopping lahh! Kain vietnam lahh! Telekung lahh! Ape lahh! And aku. .dua or tiga hari nak pergi Vietnam. .baru tahu yg dia ade Ho Chi Minh City. .Hanoi and everything! Baca blog org lain. . and yeahh! Vietnam quite interesting. . for shopping! haha.

So. dalam mind set aku. . ingat Vietnam untuk shopping sahaja. But, of course not! Syukur ayah aku buat pilihan yang sangat. sangat. sangat. bijak. .untuk pakai travel agent. Then, bukan shopping je tujuan dia. But. We learned "Mari mengenali Vietnam with Allan" (Allan adalah agent travel kami. .and percaya atau tak. .he's Vietnam and can speak Malay! haha. And jgn terkejut. .ramai jugak peniaga Vietnam boleh cakap Malay! Nice kn?)

Here's the detail. Aku rase. . maybe Jelajah ke Vietnam nie akan jadi berpartII because mmg niat aku untuk cerita secara detail apa yang aku belajar. And believe me! Pengalaman ini sangat berbaloi.

Day 1


Okayy, sampai je dekat Vietnam. Aku agak maybe dalam pukul 4 lebih kitorang sampai. Jadi, Allan (travel agent) terus bawa kami ke masjid untuk solat. Masjid memang tak berapa banyak di Vietnam especially kat Ho Chi Minh/Saigon city. But, perbezaan ketara dia taw takk ape?? Korang mesti pernah lalui kan. .yang surau awam dekat Malaysia. .telekung dia Mashaa Allah! Dah la kat bahagian kepala. .kuning2 je. Bau pon, 'wangi' gilerr! haha. Telekung pon pendek lahh. Kain singkat lahh ape lahh. But, Vietnam quite different. maybe Vietam ni terkenal dengan penjualan telekung, mmg best lahh telekung dia. Di jaga rapi and Wangi yg betul2 wangi punya! Siap ade mcm2 corak sulaman lg. Korang pilih je. Haha.



Then. .after solat, Allan bawa kami semua jalan2 di Saigon City. Ade tugu. Bangunan. Lampu2. Macam kat kl. Bukit Bintaang. So. snap pic banyak2 je yg kami mampu. haha.

Haa. Jangan korang tak tahu. Time ni baru pukul 6 taw! Dah nampak mcm ala2 Maghrib kn? Sbb Vietnam lambat 1 jam dari kita.


Haa! ni lah bas yg bawa kami sepanjang aku 4 hari kat sana. Ade 48 org tak silap aku. Tapi, yang naik bas ni just 30++ je. 



Malam tue. .Allan bawa ke Banana Leaf untuk makan. Since kitorang pakai travel agent je. .jd mmg makanan diorang yang siapkan. Kita just naik bas. Masuk restoran. Duduk. Makan. haha. Makanan mmg awl2 siap dah terhidang. And serius! Mmg sedap. Sup2 kat Vietnam. .aku taktau dia letak ape. But, sumpah sedapp! Aku suka. Haha. So, ini lah Allan (pakai baju hitam), kami punya travel agent and dia handsome kan? Boleh speaking Malay lg! Haha.


And. . after dinner, saat yang di tunggu oleh umi. Shopping! Haha. And tengok nie. 4 helai, rm100 weyy! Giler lahh. Kalau kat sini, mmg mimpi lahh nak dapat! :(


And. .kami mengikut nasihat Allan. Just survey je kat pasar malam ni. Survey pon kepala aku dah pusing! Bayak giler pilihan. Mmg rambang giler lahh! But, Kami ade lg 3 malam kott! Haha. And pasar malam ni. .korang jengah je kepala korang dr hotel kami, teros boleh nampak pasar malam ni. Note untuk semua. Korang jgn taktau. .tawar menawar adalah sesi paling menarik kat sini. Memang wajib sewajibnya korang tawar. Sbb kita kan tourists, diorang pikir byk duit. Jd, selamba badak je dorang naikkan harga. Mesti. Mesti. Wajib. Wajib. Korang tawar minimum 50% dr hrga sebenar, Sekian. Siapa tak buat, sumpah dia yg rugi. Haha.


After penat2 jalan kat pasar malam. .otw kami ke hotel. .banyak motor2 mcm ni kat sepanjang laluan. Seriously. Aku bkn lahh kaki minum kopi. nescafe n seadik beradik dgn kafein. Sbb bg aku. Pahit! But. Org kata. .kalau pi Vietnam, harus korang try kopi mereka. Jadi. konon2, aku try lahh minum sesedut. Buat syarat. Lepas tue!! Haa. Amik kau. 1 cawan besar tue aku punya. haha. And yg very dramatik nye. .stp mlm wjib minum ini kopi and believe or not. Aku still minum kopi ni sampai skrg. Sbb ayah tahu anak2 dia ketagih air nie. Ayah dah beli 2 paket siap peralatan dia lg. haha. Love you ayah!

Ini janji ni! Aku mmg nak update mcm mana nak buat air ni. Try lahh. Rugi tak try. But, a bad news is. .kena pakai kopi vietnam and alatan2 dia pon kena beli kat Vietnam. Heh.



Haa! Bukti aku kategih minum kopi Vietnam! Sumpah sedap weyy! Rugi siapa tak try. :)

Aku rasa. Cukup sampai sini. Sebenarnya, macam2 aku nak post. But, mesti ade halangan. Selalunya mesti sebab takde idea dahh nak tulis mcm mana. But, since sekarang mood aku sgt baik, memang aku post mcm2 lahh. Korang bertahan je lahh tengok post2 aku kat dashboard korang. Haha. Okayy, jumpa lg nnt ya! Babai. ;)
















Wednesday, August 7, 2013

Iftar+reunion with Ex-SAMBBST

Hai. hai. hehe.

Since Ramadhan dah nak kata byeII. Syawal pula dah ber-HyeII. Jadi izinkan diri ini untuk menyampaikan sepatah dua kata. Cewahhh! Haha. :P
But, before tu, aku nak share gambar2 and cerita di balik tabir iftar+reunion ExSAMBBST Batch 2008.

Supposedly, tujuan utama aku datang mesti lah nak jumpa budak2 Espiranza. Dekat page fb, punya lah semangat semua, dr Shirot, asma', Salnur, Balqis, Mas, Nini. .ramai gila nak pergi.

*But at the end, . . .4 orang je yang pergi. *sigh* 
Ini lah wajah2 yang semangat menghadirkan diri. Haha.

But, even tak ramai. . still sangat2 enjoy. Dah lama tak jumpa, semua dah makin matang. And masing2 bawak jalan mereka sendiri. Meh2, aku tolong rumuskan untuk korang. haha. 
Mas:
Baru habis konvo, and nak sambung degree jurusan ekonomi kat UKM. Mas, tahniah and gudluck kay!! :D
Walaupun tak ade good ending with Faiz, still aku yakin she deserves better. May Allah Bless you, darling! Haha.

Nini: 
Still study kat Mesir, usuluddin. . and 2 tahun lg. Really proud of you. Gudluck jugak buat nini. ;) Haa. Yang ni memang confirm2 dengan Ijat. Haha. And of course lahh, hari tu pon ijat datang jugak. Memang dah bagai aur dengan tebing dorang nie. Tak boleh di pisahkan dah. Haha. Hope korang bahagia sentiasa kayy. Amin! :D

Farah:
Haha. Fara lah yang datang paling lambat hari tu. Nak berbuka baru sampai. Bertuah betol! Haha. -_-" Aku rasa aku jumpa fara hampir setiap tahun walaupun hanya 15 minit. And of course, bagi la aku 5 jam dengan dia pon, still memang takkan pernah habis cerita kami. haha.

And ini pengakuan terbuka:
"Fara, aku mintak maaf sebab kes hari tu. Aku kalau boleh taknak pendam2+gaduh dengan kau. Gaduh time form 5 dah cukup disaster and aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku tak nak hilang kawan2 yang baik macam kau. Hope kau sudi maafkan aku kayy. Aku just harap sangat kau faham, aku cakap mcm tu awal2 untuk elakkan pergaduhan yang lebih besar in future dengan kau. Okayy?? :D And kau still my best. best. best. best. best friend forever and sayang kau sentiasa taw!" haha.

Fara pon still study kat USM Penang. Dah lah study psl Science yang memang aku alergic dr dulu. haha. But, still best of luck untuk kau and aku memang always doa yang the best untuk kau. Amin. :D
With fara. Tapi, lain macam pulak tengok muka kitorang. Haha. And time ni, silap lahh. Terpandang camera Shitot. :( Tak dapat lahh pic2 yang smart. haha.
*fara, nampaknya kali ni aku lah lebih gemuk dari kau. Haha. :P

Of course, selain jumpa2 mereka yang tecinta, dapat gak jumpa Izzan yang selalu aku jumpe tue. haha.

Sebenarnya, aku tak sangka iftar ni kami2 kena masak. hehe. Dah lah aku memang fail giler bab masak ni. Jadi, aku jadi tukang potong beberapa keping tembikai with bawang+cili. Itu je yang aku mampu buat masa sekarang ni. But, thumbs up for Nisa'. Memang pro giler masak. Dah boleh kahwin tue. haha.

Bukti yang aku MEMANG tolong mereka masak. haha.

Mereka yang membantu. Tapi. Tapi. Nini just posing ja! Haha.

Mereka dan Izzan! :D
Nak masukkan gambar semua yang hadir. Tapi, gambar gelap lahh. :(

Lastly, aku nak mohon maaf dan ampun kepada semua yang secara langsung dan tidak langsung pernah berkawan/berkomunikasi dengan aku. Aku minta maaf ya if ade perkara/tulisan/gambar2 di blog and kelakuan aku yang menimbulkan ketidak-senangan hati kau orang selama ni. Maafkan aku ya. Please. . :)

Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir batin. Semoga kita dapat berjumpa lagi kayy! ByeII.






Tuesday, July 23, 2013

Proud!




Hai. Hai.

 Happy Ramadhan peeps! hee. Sesungguhnya, mood aku sangat baik hari ni. haha.

The reason is:

Elaun dah dapat weyy!!!! HAHA. Ade rase jeles tak?? So, dah nampak bayangan MP4 di tangan aku time raya nanti. Boleh tengok Hongki even duduk nun. . . . jauh. . . .  di kampung sana. haha.

And oleh kerana mood aku sangat baik hari ni, dgn riang gembiranya aku nak meng-update blog yang tak berapa update nie. haha.

Previous entry, aku macam malu sikit. Yelahh. . punya lah berkobar2 aku nak belajar masak, tapi, dah bulan 5, baru 2 resipi je aku tahu. So, sangat agak memalukan di situ. Oleh itu, with new entry nie, sempena bulan ramadhan yang mulia ni. . bukan 1. bukan 2. bukan 3. Tapi 4 weyy!! Ulang lagi sekali, EMPAT (4) weyy resipi aku dah buat. hehe.

Err. . walaupun hakikatnya, sebenarnye, kebenarannya. . resipi yang aku buat ni sangat lah simple. But, it's okay what than nothing! Lagipun, aku rase aku patut mulakan dgn yang simple2 dulu baru lah aku boleh going further. Since basuh ikan, basuh ayam, goreng ikan, goreng ayam still sangat. sangat menakutkan and too advance bagi beginner macam aku, haruslah aku mulakan something yang very nice, sweet, simple. Bila dah jadi, bermotivasi lah sikit aku nak goreng ikan pulak lepas ni. haha.

So, first receipe, Puding karamel.

Mula2, bila tengok resipi aku still rasa puding karamel sangat complicated . Time aku baca, "hanguskan gula sampai perang and cair". haa?? what the . . bukan kita masak kena elakkan hangus ke?? ni dia suruh hanguskan gula pulak. Apakah?? :O But, after tanya umi, she said,
"kira kena lah letak atas dapur, then kacau sampai lah dia jadi cair. Itu untuk topping karamel. Gula tu lah yang buat jadi sedap and manis". . .Owh, okayy!! hee. Aku yang tak paham bahasa masak2 nie. hehe


Ini lah yang kena hanguskan gula tu. haha. :P

So, after tanya dari umi and umi guide sikit2. It's simple lahh nak buat karamel. haha.

Jadi, kawanII, Ini lah hasilnya! Yeayy!




Next is Tembikai laici de'coco.

Err, sebenarnya, yang ni macan entah pape je. Aku main masukkan je ape yang aku nak. Sebab time aku pergi bazar, macam2 jenis air, yang sampai aku tak pernah dengar pon ade. Mereka pon, aku rase try and error, masukkan ape yang sesuai. Jadi, aku pon berlagak macam saintis hebat, main buat je. But, at the end, jadi okayy air tue! Sedap lagi. haha. And. and. Habis, sampai kering jag tu. Orang berebut-rebut okay. Ehem. Famous air I.  haha.
Senang je buat dia. . buat air tembikai macam biasa, tambah laici, tambah nata de coco. Done! Haha. Tapi, kena pandai adjust lah brpe banyak sukatan nak.

 And. ehemII. Nak bagi tahu nie, aku lah yang cipta nama dia. "Tembikai Laici De'Coco". Sedap kan? Sedap kan? Haha. Yang ni takde gambar. Cause, time tu dah kelam kabut nak berbuka puasa. Tak sempat nak snap. Lgpun, bila nak snap, tahu2, dah habis air tue. Sedap kan. Tu yang laku tu. Hahaha. :P

Third, Banana Slip.

Yang ni, effect novel punya pasal. Aku tak ingat novel ape. But, kalau kita baca time puasa, then dia cakap dia buat banana slip for her husband, wahh. wahh. Harus lah aku terliur kan?? Memang terbayang je banana slip tue. Mesti marvellous gila.
Then, oleh kerana sungguh tak tahan nak makan jugak banana slip. Aku cakap jugak kat umi.
"Umi, umi, panas macam ni, makan banana slip time berbuka mesti sedap giler kan? kan?" Umi pandang aku lama gila. . cara pandang tu macam nak dapat. hee. But, "Alaahh , jauh lah nak pergi ioi. Pergi je beli barang kat tesco, pastu buat. Tue, ambik duit." Alaaa. . Punah harapan. :(

But, sebab dah kempunan sangat, aku beli jugak barang kat tesco. Aiskrim, pisang, chocolate syrup. Chocolate rice, pakai umi punya. Ini pon sangat2 lah simple. Belah pisang kepada dua bahagian, letak kat tepi mangkuk. Tengah tue, letak aiskrim. Last sekali, letak chocolate syrup and chocolate rice. Done! Hehe.

But, tak lah sehebat macam kenny rogers buat. tapi, tapi, still boleh makan okayy! Nyam. Nyam lagi. hehe.


Hee. Supposedly, mcm ni lahh banana slip yang aku bayangkan.
 Tapi, ape yang aku buat, still not bad okayy! hee. Tak dpat nak masukkan pic banana slip versi aku, tak sempat snap. *-*


Last, Coctail soda.

Hee. yang ni aku baru buat tadi. Best tahu! And very the sedap yang tiada tandingan punya lahh. Haha. Selalunya aku mkan cocktail, it's just biasa. Cocktail susu yang ade buah. That's it. But semalam, time aku beli cocktail kat johor, ade rase soda, gas macam tu. Wahh! Wahh! Ini sudah sedap. Terus aku cakap, "Umi, balik rumah, akak nak buat macam ni." So, here the result! Sedap giler weyy! Haha. :P

Yang ni, dengan confident nya aku nak beritahu, sangat senang buat dia okayy! Hehe. Berlagak kan?? Tapi, ini lahh yang paling senang aku tahu buat. Harus lah aku bergembira. haha. So, buat dia, masukkan susu cair 1 tin, air kosong 1 tin, air soda 1 tin, cocktail 1 tin. Oleh sebab aku nak variety rasa, aku tambah laici 1 tin (Just ambil buah je), nata de coco (pon ambil buah dia je). Then, siap!! Hehe. Ini lah hasilnya ya TuanII dan PuanII. :D



But kesimpulannya, still sangat2 susah nak masak. Sangat respect pada orang yang pandai masak. Aku entah zaman bila baru pandai masak. :(

Err. . to my Enchik Future Husband, sila sabar ya! Saya tengah berusaha ni. In shaa allah dengan 4 resipi ni, confirm awak tak kebulur dah. haha. :P
















Thursday, April 11, 2013

Random: Student vs Bekerja

Ehh. . . Dah akhir bulan 4 la you!! hee. percaya atau tidak, akhirnye, after 3 months, dpt baca my blog. haha

Akan tetapi,

Macam memalukan betul bila review my blog. Sungguh, aku cakap mcm tak serupa bikin. After beberapa azam yg membara aku taip, konon nak pandai masak+kurangkan berat badan, nampaknya it's just omongan kosong. :(

Tapi! Tapi!

Jangan putus asa! haha. Still ade masa lg. At least, ade 8 bulan lg. Semoga Berjaya fiza! :D

Eventhough ade pepatah yg mengatakan,

Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih, tp aku still nk jugak kata sbb praktikal yg maha penat ni la buat azam aku delay, okee???

Tahukah anda, apabila anda memasuki alam pekerjaan, sila la ucapkan selamat tinggal pada dunia yg merambu ramba tu! Contoh paling ketara, Ade 3 cerita wayang aku terlepas: Olympian has fallen, and everything. Tension tahu!

Suatu masa nanti, aku akan cerita the real life about praktikal. Like drama series. Biar la berpart2 pon. But, it will take times la. hehe.

But, untuk this post, ade satu yg aku nak highlight, about recent issues, not PRU13, but kes buli Budak tu.

PENDAPAT AKU,

Dari komen yg aku baca, either tweet, facebook or blog, semua ckp budak tu bodoh la, ape la, tunjuk bagus padahal masih budak! And everything.

See. Tak nampak ke kat situ? Mereka masih budak. Kenapa masyarakat nak menghukum. Budak2 mcm tu, sepatutnya di beri nasihat, tunjuk ajar, bukan suruh diorang bunuh diri. Come on la commentar! Shame on you.  Awak dah dewasa, dah makan garam dulu, dah lalui hal2 buli dan seumpamanya ni, dah pernah rasa macam mana time kita budak2 mentah dulu, nak jadi berkuasa. It's common. Tak boleh salahkan mereka. Salahkan diri kita sendiri, kita yg bawak budaya tu kepada generasi muda sekarang ni.

But, yg dewasa boleh guide mereka, beri mereka peluang, mereka budak. Ye! Ape mereka buat kejam. Tapi, salah siapa? Salah kita yg bawak budaya tu. How bad they are, they sill human. Ade hati dan perasaan. So, just stop marah2, maki2, hina2, but beri mereka peluang untuk tebus kesalahan. They still young. Perlukan tunjuk ajar dari yang dewasa. Bukan suruh diorang BUNUH DIRI. Aku tak faham, ramai commentar cakap mereka otak singkat, tak rasa ke ape yg korang komen, lg singkat pemikirannya?? Suruh diorang bunuh diri?? Heyy, come on la. Sebelum suruh org lain berfikir, kita fikir dulu ape yg kita cakap.

See, dah berperasaan aku menaip ni haa. Lebih baik stop cepat2 before aku mengarut yg bukan2 lg.

Lastly,

Untuk mereka yg pernah melakukan kesalahan, *aku jugak la tu.haha

Selagi kita masih hidup di muka bumi ni, peluang sentiasa ade. Belajar untuk tebus kesalahan yg pernah kita lakukan. Biar lah semua menghina, but always remember, In shaa Allah, Allah sentiasa ade di sisi kita. Percaya kat diri kita sendiri. Kuatkan semangat k! :) May Allay Bless always, walaupun seluruh dunia menghina kita. Sekian.


Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita. . .



















Friday, January 25, 2013

Azam 2013: Belajar masak oit!

Since exam sudah abis. Apa lagi. Yeayyyyyy!!!! Dah boleh duduk rumah full-time. Best gilak. Akhirnya, after 9 tahun, dapat duduk rumah time sabtu ahad atau cuti2 panjang. . Sekarang dah boleh duduk rumah lama2. Hee. Sgt seronok ni. :D

But, after di fikirkan kembali, bila dah duduk rumah, dah takde la alasan tak belajar masak kan?
Dulu, duduk asrama. . bg alasan, penat la, ape la. Time2 dok rumah ni nak rehat. Same goes jgak time duduk perlis.
Fuhhh. And now, dah takde la alasan sedemikian kan? So, people, wish me luck. Ni anak dara yang terlebih umur baru nak belajar masak. haha.

Untuk menunjukkan betapa 'komited'nye aku terhadap pengajian memasak ni, baru 1 hari sampai rumah, aku dah belajar masak oke! kahkahkahkah. 

So, here my 1st learning: 

Sambal tomat!

Aku tak tahu la org melayu familiar tak with sambal tomat ni. But, ni adalah most favorite aku yg SUNAT MUAKAD ade kalau aku duduk rumah. Owh yeah, tomat ni sebenarnya adalah tomato je. Aku ikot org indo panggil. hee. Baru feel sikit orang kata. haha.

Kira kalau melaka sgt fofular with cencaluk, org negeri dgn tempoyak, kelantan dgn budu-nya, then org indo *eyh, yeke org indo? But, for sure untuk pekerja2 indo ayah aku sgt terkenal dgn sambal tomat ni. Dulu, time bik noor buat, aku pandang sebelah mata sahaja, but, after dah rasa, Haa. Amik kau! Sampai perlis aku carik, sumpah takde. Time tu, rasa sambal tomat ni macam dah panggil2 je aku kat Puchong ni.

Jadi, dengan bangga-nya, harus la ni lauk pertama yang aku belajar kan? So, here's the receipe.

  1.  Panaskan minyak, masukkan bawang yg dah potong2 dlm kuali. Ikot kuantiti nak berapa banyak. But, untuk kes aku yg kuat makan sambal ni, 2 biji ok! :)
  2. Masukkan cili padi. Tak payah potong mayang ke ape ke, just masuk je. Owh, sila la buang tangkai tu k. ;) Pon ikot kuantiti nak berapa. Refer to my case, 1 genggam la! Baru rock!! hee. Tak silap, dalam 15 batang kot. Kacau sampai dia jd ala2 lembik. 
  3. Masukkan tomato yg dah dipotong. Dalam 3 biji yg aku pakai. Nanti jadi macam ni. 

Then, korang kacau. Dan kacau lagi. Kacau lagi sampai rasa dah masak. Owh, nota kaki. Penting ni: Pakai la baju lengan panjang time masak. hee. Sakit tahu time minyak panas tu ala2 nak bermanja pulak dgn aku, mentang2 aku jarang sekali masuk dapur. Habis minyak terpecik2 kat tangan aku yg halus,tulus, mulus ni. :P

After then, bila dah siap masak, korang kene lenyekkan dia. Macam ni: 

Kemudian, kita kena masukkan balik dalam kuali. *Bibik aku kata, kena goreng balik untuk elak basi. Aku pon tak paham sgt. Aku hanya mampu mengangguk shja. haha. Owh, time ni la boleh masukkan garam, ajinamoto untuk jadi penyedap rasa.

Lastly, dah nampak mcm sedap je untuk di makan, korang masukkan la dalam mangkuk yang bersesuaian. Like this:

Tadaaa. . siap sudah! Sedap tahu tak. Fuhh. . masih terasa lg kesedapan dia kat tekak aku. haha. See, aku dah pandai masak 1 resipi. Aku dah promise kat diri aku. Tahun 2013 ni, at least 50 resipi aku kena belajar. Err. . 49 lauk lagi. Alaaaa. . awat macam banyak pulak la ni? :( But, it's ok. Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan. 
Wish luck for me k? hee. :D     






Sunday, January 13, 2013

Owh, Final!

Since sekarang nie musim exam untuk aku, harus la mood aku nk bercerita pasal exam. Iye dok? Study. Study. Dan study lg. Berchenta pulak dgn buku yg maha tebal. Huwaaaaa!!! Cepat la habis exam. Tak larat nak baca buku2 tebal ni. :(


Hehe. Tempat study aku. Takde la meja belajar mahal2. Ni je mampu, but best ape. :D
Sebelah kanan cerita Step up, depan buku. Sebelah kiri coklat. Wahh. Wahh. Heaven.
Eyh, nk kurus ke tak nak kurus ke. Makan coklat penting wey!! Boleh reduce stress org kata. haha.




But,








Dari sem 1 sampai smpai sem 5. Aku nak kongsi something. 1 perangai yg aku jumpa. Sungguh aku tak berkenan dan makin kronik aku rasa. Kedekut ilmu! Choii.

Rasa marah yg membara di jiwa *cewahh, aku sabarkan since ade paper yg aku kena hadap tadi. Seriusly,
Apa yg korang dapat kalau korang kedekut sgt dgn ilmu yg korang dapat dengan kawan sendiri? Kira kalau korang hide information tu, then boleh dapat dekan la. 4 flat. A++++ . Macam tu ke?

Dekan tu. Title je. A++ yang korang kejar tu, sungguh itu hanya la sementara. Tak ade ape yg mampu di banggakan pon. And of course, Bukan boleh bawak sampai ke kubur. Bukannya nanti malaikat tanya, Organizational development dapat A tak? Compensation dapat A+ tak? Sem 5 dapat dekan tak? Kalau tak, kena seksa. Ular besar gigit. .
But, inshaa allah pahala untuk ilmu yg korang sudi nak kongsi. . mmg confirm boleh buat sebagai amalan jariah. Sampai ke kubur boleh bawak.
 Dalam Islam sendiri mention about sedekah ilmu. Akibat menyembunyikan ilmu:

Sabda Rasulullah saw: "Sebaik-baiknya seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, Rasulullah saw juga bersabda: 'Sesiapa yang di tanya mengenai ilmu lalu dia manyembunyikannya, akan di ikat mulutnya, dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.' (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tarmidzi)

So, sayangku sekalian. Sendiri mahu faham. Takkan aku nak cerita panjang2 kan.
Memang la hak korang nak kongsi ke tak nak. Tapi, Allah dah bagi opportunity untuk kita buat pahala. So, just grab it la! Kita bukannya macam bangsa cina yg berlumba2 untuk capai kejayaan sehingga menghalalkan segala cara. Tak luak pon kalau kongsi ilmu yg kita ade. Opportunity untuk dapat pahala, lg ade. So, kenapa kita nk deny benda tu. Sangat frust kalau jumpa orang yg macam ni. And of course lagi kecewa, kalau 'kawan' sendiri yang buat macam ni.

But, aku rasa. peringatan ini untuk diri aku dan semua. Mari kita berkongsi ilmu. Oke? :D