Monday, July 23, 2012

Alhamdulillah~

There was a blind girl that hated herself because she was blind. She hated everyone except her loving boyfriend. He was always there for her.

She told her boyfriend, "If I could see the world, I'd marry you."

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?"

The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at him for the rest of her life led her to refuse marry him. Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying:

"Take good care of your eyes my dear, for before they were yours, they were mine."

This is how the human brain often works when our status changes. Only a few remember what our life was like before, and who always by their side in the most painful situations.

Today before you say unkind word- Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food- Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about you husband or wife- Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today before you complain about life- Think of someone who too early to heaven.

Before you complain about your children- Think of someone who desires children but they are barren.

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep- Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive- Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job- Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another- Remember that not one of us is without sin and we all answer to one MAKER. And when depressing thoughts seem to get you down- Put a smile on your face and thank GOD you're alive! :D

Copy & Paste from Kim' Kourtney and Khloe Kardashian.

Monday, May 28, 2012

Owh, Ipad!

hee~ tiba2 adek2 aku semua batak Ipad, termasuk la aku. Konon2 aku buat tak pandang la sgt. Tapi, da adek aku ajak bergambar sekali, kompem2 la aku join sekaki. haha. padahal bende nie dah lama ade kat rumah. Takde sorang pon pandang. But, bila da balik kampung, laptop takde, kamera takde, wifi takde, semua org sibuk la dok kejar Ipad kesayangan ayah nie. haha.


Hee~ sejak akhir2 nie mmg family aku tumbesaran dia macam semakin pantas aje. Adek2 aku, kononnya nak cover2. Nampak kurus. Tapi, mmg kelebaran mereka sentiasa jelas dan nyata. haha.
Btw, untuk kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kat adek aku yg bengong, Jima. 
sebab dapat nombor 3 kat dalam kelas. Siapa kata aku tak suka? Aku suka kot. Just aku tak suka sbb apasal kau tak dapat nombor 1 je tros? haha. Siapa tak suka kalau family dia berjaya? Aku sgt bangga kalau adek aku boleh berjaya, kalahkan aku pon tak pe. Lagi2, bila dapat buat umi dan ayah happy. Lagi aku suka. So, lepas nie, tak mau rasa rendah diri ya. Semua org pandai. Just cara dan masa je berbeza nak buktikan kemampuan kita. Tahniah adek jima! Hadiah? Sudah2 la. Duit aku mmg dah banyak habis kat kau aje selama ni pon. haha.


Time kat dlm kereta. Otw nak pergi air hitam. Biasa la, selagi tak nama nya perempuan. Harus la wajib mak aku borong sakan pasu2 kat situ.  Sampai kitorang pon kena heret sekali. haa. Mle2 jima dgn isha je sibuk dok bergambar. But, lama2, mne bole pinggirkan kakak kesayangan. haish, mmg tak patut. :p First, mcm blur je pakai kamera dia. Tak tau nak pandang kat mana semua. But, bak pepatah melayu, alah bisa tega biasa. Tue yg dapat snap pic yg mengalahkan artis tue. haha.

#cehhh, awl2 aku mention. Mulut kami mmg sepesen. haha#


Lepas dah boring tangkap gambar bertiga, ayah yg tengah drive pon jadi mangsa jugak. Hee~ nasib baik umi tidur dengan nyenyak nye kat sebelah. Kalau tak, adoiii. menanah telinga kena membebel. haha. Terbaik la ayah. Mmg sporting habis. Siap nk tangkap lg kot. But, tengah drive kn? Pendam je la niat terpendam ayah tue. haha.


Haha. Ni la sebab utama mak aku diam aje seribu bahasa. Kitorang kacau2 ayah time drive pon dia tak kesah. Kalau tak, habis la. . tak pasal2 sampai KL pon tak habis dia membebel nak cerita pasal etika memandu. hehe. Umi tengah bahagia menyulam mimpi. Konon2 nak simpan energy nk shopping kat air hitam nanti. hee~


Sebelum nak balik Puchong, dapat gak tangkap pic dgn adik laki aku. Nasib baik mood dy tga baik time nie. Kalau tak, mmg mimpi la nk ade pic dia sekali dgn kami.Time nie, nenek da bising2 terutama acu kesayangan. Siap perli2 lagi. 
"Asik gambar korang je kat dlm kamera nie. Tak payah nak buat muka comel2. Kalau dah fotogenik, buat muka biasa pon da cantik. "
Nie kat dalam hati aku berbicara,
" Kamera yg kitorang pakai ni. . ayah punya kott! Bukan org lain punya., Ayah pon suka kot tengok gambar2 anak2 dy yg cute nie. :p Oke, fine! Memang kami tak fotogenik pon. Sebab tue kami buat muka comel walaupon tak berapa comel nie. haish."
Urm, nasib baik da tua. Kalau tak, ade yg tak balik raya tahun ni. Sabar je la, duhai hati! haha. 

Bila family dapat berkumpul. Waaaa~ mmg gempak gilak kot. Aku sgt2 suka bila dapat spent time dgn family aku. So, tak pelik la kalau aku sanggup balik dari perlis setiap minggu semata2 nak sama2 dgn family aku. But, time nie. Ralat sikit. Jaja tak ade. Sebab dia pergi kem. So jaja, jgn jelez ya! Meh aku masukkan 1 gambar kau. Baru rasa lengkap this family. :)


Biar 1 day, kita boleh lagi tangkap lagi pic for 1family. Sebab sgt2 la susah nak semua org berkumpul. Sometimes, aku tak ade sebab ade nun jauh di hujung negeri. Kadang2, iwan pulak tak ade. Sebab tak semua tempat iwan ikot pergi. Ye la, dia kan lelaki. Sorang pulak tu. Sentiasa dapat pelepasan tak payah ikot ke mana2. Dan kadang2, jaja pulak tak de. Sebab dok kat asrama SAMTTAJ tue. Tambah2 lagi, sibuk nak kejar pangkat Sarjan KRS, latihan memanah dan entah ape2 lagi. Memang kompem la sgt susah untuk 7 ahli nie berkumpul dalam 1 gmbar. Yg nie pon gambar tahun lepas kot. Tue yg nampak semua kurus semacam. Hee~


Eyh, this for jaja. Tak adil pulak kalau aku wish tahniah kat jima aje. Untuk jaja, tahniah ya sebab dapat no.3 dalam pertandingan memanah. Peringkat negeri tue. Waaaa2! Aku mmg sgt bangga dgn adik aku. Nie mesti kau nampak muka aku kan kat papan tue? Tue yg senang je kau nak panah. haha. But, aku mmg sgt serius bila aku suruh kau kurangkan aktiviti sukan kau. PMR lagi penting untuk kau buat masa ni. Dan akhir sekali, Biar la kebahagiaan ni berkekalan sampai bila2. Amin.
Nota kaki: Rindu sama org yg buat aku happy+bahagia. :)



Monday, April 30, 2012

Chapter 20,

Sejak akhir2 ni rajin pulak aku ronda2 kat home fb. Trend sekarang kot, org suka letak quotes yg menarik. Dan aku tak faham kenapa quote yg paling byk adlh psl jodoh, or kahwin or psgn yg baik untuk yg baik dan vice versa. Cuba la letak pasal semangat patriotik ke, ibu bapa ke,adik beradik ke, kwn ke, hal2 semasa ke, sedap sikit aku nak baca. But, adalah 1 or 2 quotes yg aku rasa menarik dan aku rasa aku nak share serta aku setuju sebab aku pernah lalui kott?? haha.

  1. Yupp. Benda ni sgt betul. Ni bukan semata2 untuk kapel. For me, Yg paling2 penting adlh untuk family. Sebab da terlalu byk masa kita bersama mereka, dah terlalu byk kenangan kita bina. So, aku sgt. sgt. sgt. takut untuk kehilangan family aku. Walau buruk mana pun family aku kat mata org lain, but, bagi aku, family aku yg terbaik. Tiada tandingannya. 
  2. Aku pernah lalui saat kita rasa yg kita dah tak sanggup nak melangkah ke hadapan. Tak berani nak berhadapan dgn dunia. Sebab tiba2 rasa semua kudrat tu da hilang. But, time tu. . bila kita tgok kat sebelah kita ade family kita yg tanpa rasa jemu duduk kat sebelah kita, sama2 terima cemuhan dari org luar, sama2 saling mempertahankan family, for me, tu da lebih dari cukup. Aku bukan cari harta yg setinggi gunung, bukan mengejar kuasa yg tiada tandingannya, but aku nak org yg sentiasa akan berada di sisi aku, dari sebaik2 nye aku sehingga seburuk2 nya aku.
  3. Dan untuk itu, bagi aku, di dunia ni, aku sanggup hilang segala2 nya, tapi bukan family aku. Semoga Allah sentiasa memelihara kebahagiaan keluarga aku. Dan kami akan sentiasa bersama. No matter what happen. :)
  4. Ehem2. . haa, yg ni masuk pulak part hati. Betul, benda ni sgt la terbukti kebenarannya. Lagi byk kenangan kita, lagi susah nak lupakan org tu. Dan aku betul2 sgt takut kalau satu hari nanti aku kena lepaskan dia. Sebab aku da terlanjur menyayangi dia. #haha. sebijik mcm tajuk novel. :p#

  1. Sometimes, bila kita rasa susah, mcm dah tak de jalan keluar. Time tu mula la nak mengeluh, 'kenapa la aku yg kena lalui semua ni'. Then, nangis tak berhenti2 sampai banjir. .rasa kita la yg paling malang kat dunia ni. Sebab asyik fikir yg sedih2, kita tak sedar sebenarnya ade je byk bnde yg buat kte happy. Bahagia. Family, kwn or paling minimum pun, sekurang2 nya, kita dapat kat hidup kat negara Malaysia yg aman ni. Berbeza kat negara luar, yg kena berhadapan dgn penjajah, bom, kematian org tersayang or tak de makanan.
  2. Ini aku bukan nak judge org bila menghadapi kesedihan dia, aku ckp utk diri aku. Dulu, waktu sedih, igt kita la di timpa ujian yg maha berat. Padahal aku masih menangis di dalam pelukan umi, even nangis teruk mana pun, makanan sedap2 da menanti kat depan mata aku. Masa aku nak tidur, ade tilam yg empuk untuk di jadikan alas dan sambil boleh dengar lagu2 kat mp4.
  3. Kat negara yg berperang, tak pasal2 dorang menangis sambil peluk jasad ibu or bapa dorang yg tak bernyawa, aku senang2 dpt mkn kat sini. Even paling malas pon, call pizza suruh hntr kat rumah, mereka pulak kena struggle, jalan sampai 5 or 10 batu untuk mencari sesuap makanan. Dan aku tidur beralasakn tilam yg empuk, mereka pula tidur beralaskan tanah sambil boleh dengar jeritan2 org meminta tolong or bunyi tembakan.
  4. Adoii, astarghfirullahalazim. .teruk nya aku. Aku tak bersyukur pun selama ni. :(


  1. Tipu kalau aku tak pernah menyesal. Aku menyesal bila aku buat silap. Sebab aku tahu kesilapan yg aku buat akn menghantui aku sampai billa2, dan kebenaran yg paling menyakitkan bila aku tak boleh ubah pun kesilapan yg aku buat sebab masa mmg tak boleh di undur. #Walaupun ade beribu drama or filem buat konon2 masa boleh di undur, but kita tahu tu semua adalah tipu.#
  2. Jadi, last2, yg aku dpt ckp kat diri aku sendiri, aku manusia biasa, yg masih belajar mengenal erti kehidupan, setiap kesilapan tu akan di jadikan pengajaran bila aku melangkah ke hadapan kelak. :)








  1. Yus&Sue, ini la sebab aku tak nak ade komitmen. Sebab aku tahu, at the end, aku akan terluka juga. Jadi, even aku dah jatuh syg pon, biar la aku&Allah sahaja yg tahu. But, aku rasa, korang pon mmg da tahu perasaan aku mcm mana kn? haha.
  2. Aku berharap, waktu aku give my heart kpd yg berhak, biar la "yg berhak" itu adalah suamiku. Kerana itu yg sebaiknye. Tapi, kita hanya merancang, but Allah yg menentukannya kan. kan. kan? hee~


  1. Even aku rasa semua ni, aku takkan admit kerana aku tak nak terluka pd akhirnya. Itu pendirian aku.
  2. Memang. Aku play safe sbb aku mmg serius bila aku ckp aku tak nak terluka lagi. Jadi, sila faham. Okee?? hee~






Saturday, March 17, 2012

Heartbeat,

Hari ni, waktu ni bukan masa utk berkata apa2, untuk explain ape yg berlaku, meluahkan ape yg terbuku di aty.

Just enjoy with videos. . layan perasaan yg sekejap nk jadi jiwang, kejap nk jadi romantik, and sometimes rasa nak beritahu kat 1 dunia yg aku sgt bahagia dgn ape yg berlaku skrg. Tapi, Boleh ke aku minta sesuatu yg betul2 membahagiakan aku? Adakah allah akn makbulkan doa aku?

You_ Nur Jannah Alia


Sebenarnye, lagu ni tak ade kaitan ape2 pon. haha. But, seriously, lagu nie sgt2 best. Pelik jugak, kenapa lagu ni tak popular kat radio ea? -_-"

Patah Seribu_ Shila Amzah


Pun. Aku sgt2 sukakan lagu ni. Tak tahu ape yg aku suka. Bukan ade kaitan dgn hidup aku pon, or maybe melodi dy kott? :p

What makes you beautiful- One Direction


Lagu nie untuk girls actually. But, aku still minat lagu nie. 1st time dengar kat MTV tros je jatuh cinta. hee~

That should be me- Maddi Jane


Ini sebenarnya lagu Justin Bieber. But, aku amik yg cover by Maddi Jane. Dia nie adik beradik mcm Najwa Latiff gak. Yg upload lagu yg diorang nyanyi kat you tube. And, aku mmg suka dkt budak ni. Suara dia, mmg superb! :)

Tentang Rasa-Astrid


Haa. . yg ni bahana dari tgok vanilla coklat.  Bukan cerita dy je aku layan. Last2, lagu dia boleh tros jatuh hati. haha.

Bagi aku, tak semestinya lagu tue kena ade kaitan dgn kita, baru kita boleh layan lagu tue. Aku layan semua lagu. Lagu melayu ke, inggeris ke, nasyid ke, indo ke, KPOP ke, semua mmg aku layan. Sebab muzik tu adlh universal. Tak perlu nk di pandang serong or bersifat perajudis. Sebab masing2 ade their own interest, Sama dgn aku jugak. 

Hak mereka, kalau ade yg fanatik dgn KPOP. And ade yg mencela. . Ade yg minat dgn lagu indo, but ade gak yg tak suke. Itu semua adlh hak masing2 dan mereka punya pendapat. Tapi, untuk aku, . aku boleh layan je semua lagu. ASALKAN. Lagu tu sedap di dengari kat telinga aku. :)

Saturday, March 10, 2012

Born on Friday. :)

Waaa2. . hari takde kerja sedunia. Aku sje2 cek kalendar my birthday. Sgt2 happy. . bangga pun ade sebenarnye. haha, Aku dilahirkan pd hari jumaat. Alhamdulillah, Sebab dlm islam pun, hari jumaat ni, adalah penghulu hari. :)
Then, aku pun jumpa la ciri2 org yg dilahirkan pd hari jumaat ni. Pelik ade gak. Sebab ciri dy mmg tak ade yg bpe matching pon dgn aku. Tapi, tak tahu la kalau itu anggapan aku. Anggapan org lain kita tak tahu kan? hee~



JUMAAT

  • Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Mak aih. Ciri pertama yg aku baca. Terkejut giler aku. Kahwin pon belum aku nie. haha. 1st impression aku.    #gila aku nk tentang suami ak sendiri? Syurga aku kat suami aku kott.#
Then, setelah fikir balik, ade betul gak. Sebab yg aku perasan kalau org da start nk tunjuk hebat2, nk marah aku tak tentu psl, haha, mmg kena balik larh dgn aku.  Tapi, akan datang, kalau aku sudah berkahwin, insyaallah, aku pasti akan taat pd suami aku nanti. Dan aku sgt2 berharap bakal suami aku adlh mcm ayah aku. Dan aku boleh jadi isteri yg baik mcm umi. Haa~ kalau yg mcm nie. . mmg kompem ak takan berani menentang suami aku sendiri. hee~

  • Bangga diri.
Nope. Aku bukan jenis yg akan bangga diri tak tentu pasal. Kecuali law ade org tunjuk bgus sgt dgn aku, fikir dy sorang je yg hebat, haa~ yg nie kompem2 ak akn tunjuk hebat blik. But, seboleh2 nye. . mmg ak cbe nk elak sifat yg ni. Tapi, law aku ade terlepas tue, mmg tue di bawah kesedaran aku la. . sbb bgy aku, mmg tak de ape pun yg nk di banggakn pd dry ak. Semuanya biasa2 sahaja. hee~

  • suka berbelanja.
Kalau ak baca ni setahun yg lepas, mmg tak mungkin. Tapi, untuk masa kini nie. . hehe. mmg ak da jdy sgt2 kuat belanja. Dari makan, pakaian, aksesori and oppsss! yg paling penting. Of course la my novel. haha.

  • suka dipuji.
Haa~ yg nie cuba ckp kat aku, mana manusia kat muka bumi ni yg tak suka di puji? Semua suka kot. Just bagi ak, kena berpada larh. . Mmg larh, ak pon mmg suka di puji, tapi tak de la setiap masa. Buat sikit, kena puji. Menipu btol! haish. Lagipun kan bagus law puji org tue, kita tolong naikkan motivasi org tue. hehe.

  • suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Sorry, yg nie mmg secara terang-terangan bkn ciri2 aku. haha. But, yg sia-sia tue maybe btol kot! :O

  • Bersemangat waja.
Hehe. Tipu2! aku tak bersemangat waja pun. Kalau tak, mesti da lama ak masuk askar. Jadi seorang perajurit untuk negara yg tercinta nie. :p

  • pandai simpan rahsia.
Yupp, aku suka dgr rahsia org dan boleh la KOTT simpan rahsia. Eyh, yeke? Aku pon tak tahu. hahahahaha.

  • tak suka mengaku kesalahan sendiri.
BETUL! :)

  • Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.
Haish! Statement. . . kelas gitu!! haha. Tapi, aku bukan mcm tu. Aku sedar kemampuan ak sampai mana. Aku boros bila ade umi aku je. . dan untuk tak pandai simpan wang. hee~ tipu tue syg. Saya seorang yg pandai simpan wang dan sgt pandai menggunakan wang tue. yeaayyyyy!! hahaha.

  • Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
Yup. Sgt2 betul! :) Aku mmg bab cinta nie. . mmg serius. But, kalau dah start mcm2 jadi. Byk benda buruk yg berlaku dry yg baik, tyme nie mmg jadi tak telus. Eyh, bukan ak bersifat tak telus, just bersikap lebih realistik supaya aku tak terlalu menderita kemudian hari. Selfish ke? NOPE. Ini untuk preparation diri ak sendiri. :)

  • Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
Erkkkk! Eyh, da lain mcm nie. STOP2! HAHA.

Nie semua pendapat ak, psl dry ak. tpy, kte tak tahu pon org lain, kgkwn ak pye pndpt psl dry ak sendiri. Tak pasal2, .

"Eyh fyza, kau tak payah nk bajet sgt. Kau mmg kuat bangga pon. "

Ouch! Law mcm nie. . mmg ak tak dapat kata ape2 la. Sbb kadang2 kita tak sedar betapa buruknya kita di pandangan org lain. Seseungguhnya, manusia mmg tak pernah sempurna. Termasuk seorang insan yg bernama FATIN HAFIZAH BT FAUZI. :)

Wednesday, December 14, 2011

Aku melangkah setapak lagi . .

Tiba2 rasa nak tulis. Just tiba2 teringat video klip Kaer af2, bila girl tu masukkan semua barang dalam kotak, biarkan belayar kat dalam laut. Dulu, dalam hati cakap, 'ape la bodoh sgt dia buat mcm tu? simpan sudah brg2 tu . . mahal kott!'
Tapi, setelah bertahun2, aku pula yg jadi orang bodoh tu. Tapi, tidak ada la jiwang sangat sampai nak layarkan kat laut kuala perlis. Just, simpan kat dalam kotak. Susah nak kita lupakan org yg kita sayang.Tapi, percaya la, jika ade org yang boleh beritahu cara untuk kita lupakan or yg kita syg, aku la org pertama yg beratur untuk tahu jawapannya! ~ N kalau readers tahu, sila bagi jawapan pd ak secepat yg mungkin! haha ~
Semalam kawan aku buat statement kontroversi~
"ak tak suka perempuan yg kalau da clash, still mengharap pd lelaki tu." Dan aku, hanya mampu tersenyum pahit. Sebab dulu pun aku cakap macam tu juga. Tak berkenan aku girl2 yg dah putus cinta jadi macam org nak mati je. Tapi, padan muka dengan aku sekarang. Aku da jadi mcm girl2 yg putus cinta tu. haha
Memang, tidak patut mengharap pada hubungan yg dah musnah. Tapi, macam mana aku tak mengharap pada  si dia yang:
Time aku bangun pagi, dia bagi kata2 semangat untuk aku teruskan perjalanan hidup aku,
Time aku mengantuk kat kelas, dia yg layan mesej2 aku, Jangan bagi aku tidur kat kelas.
Time aku nak ngade2, dia yang layan tanpa jemu,
Time aku marah, geram, dia yg jadi tempat aku lepaskan kemarahan aku.
Si dia yang menjadi tempat sandaran kalau aku menangis,
Si dia yg sentiasa ada kalau aku betul perlukan bantuan,
Si dia yg mampu terima aku seadanya, yg byk buruk dari baiknya,
Si dia yang mampu jadi segala2 nya,
Kawan yang memahami,
Abang yang sentiasa melindungi dan
Kekasih yang sentiasa menyayangi. .
Si dia yg sentiasa menurut kemahuan aku.
Si dia yg buat aku yakin aku tak pernah keseorangan,
Dan si dia yg sudah menjadi sebahagian dari hidup aku.

Sakit rasanya. Orang yg tak pernah rasa, jgn sesekali nak rasa. Dengan sekarang yang berlambak dgn test, kuiz, assignment, projek, presentation. . Betul2 mencabar kewibawaan aku.

Kata2 terakhir buat awak, saya tak tahu awak baca atau tak. Tapi, sy still nak beritahu juga,
Terima kasih sbb pernah hadir dalam hidup sy. Mula2, sy tanya pd diri sy, family sy, kwn2 sy, kenapa jadi macam ni sekali dalam hubungan kita. Dan sekarang sy dah dapat jawapan dia.
Mungkin sy da terlalu bahagia bila hidup di samping awak, terlalu menyayangi awak lebih daripda sy mencintai pencipta saya. Jadi, Allah tarik awak dari hidup saya, supaya sy lebih mengingati-Nya, lebih menyayangi-Nya dari segala2 yg ada kat muka bumi ini.
Saya tak pernah rasa sepedih ni. tapi, sy harap masa akan mengubati segalanya.
Saya tahu awak dah move on dalam hidup awak. Saya harap, sy pun mampu move on macam yg awak buat sekarang.

Akhir sekali, to all my friends especially XPRNZA fwen, doakan aku supaya terus kuat untuk menempuhi hidup ni. Hope aku tak akan tersungkur di tengah jalan. Sekian, wassalam~

Saturday, August 6, 2011

Kerja, ,

Hari ni, setelah lama tak update blog. tangan tiba2 rasa mcm ringan je nak tulis sesuatu. Dan, memandangkan cuti semester yg dah nak habis, kerja aku pun tinggal lagi sebulan je sebelum tutup buku. Aku nak bercerita ttg kerja aku yg superb interesting. Korang rugi sbb tak kerja mcm aku. Muahahahahaha :P

Thanx kpd ayah sbb bagi aku peluang kerja ni. ( Tapi, sebenarnye mmg ayah berat hati nak bagi kerja ni, takut bankrap bisnes dia aku buat. HAHA). Oppss, lupa pulak nak ckp aku kerja ape. Aku uruskan bisnes online. Best gila kerja ni kot. Mcm2 aku belajar. Waktu ni la aku belajar apa itu pos laju, skynet, no. tracking. Dan percaya atau tidak. Aku lagi byk bukak laman web pos laju dari facebook sendiri. Hehe. Tapi, ni waktu awal2 aku kerja la. . skema semacam je.

Kerja aku senang je. Bangun2 pagi. call pos laju. Mcm kat dlm gambar ni,



Aku: Hello, dari syarikat  . . .
Pos laju: Ok, nak kutip parcel ke document?
Aku: Parcel.
Pos laju: Ok, panggilan ke 68. ( mmg kalau panggilan dari aku lambat sikit. Yelarh, org  kerja start pukul 8 pagi, aku start pukul 12 tengah hari. Haha)

Korang jgn salah faham pula. Kerja aku mmg la start pukul 12 tengah hari. Tapi, Habis sampai pukul 12 mlm.
Tapi. sekarang berurusan dgn pos laju bukan sesenang perbualan ak dgn pos laju yg kat atas ni. Pos laju dah pakai hotline pick up no. Jadi, lagi panjang la perbualan aku dgn dorang. Leceh pun ade juga. Sampai minta no. akaun syarikat ayah aku, baca balik alamat kami, no. telefon, tanya pukul berapa nak ambil. Kemudian, pos laju akan beri no. rujukan kalau customer kita tak dpt brg.Kadang2, boring gak. Sebab, setiap hari ulan ayat yg sama. Tapi, nak buat mcm mana. Dah protokol mereka kan? Kita ikut je la.

Berbeza dgn skynet, kita tak payah nak call semua. Mmg dia akan datang kat depan rumah kita. Tahu2, dah tin kat depan rumah nak ambil barang skynet. Tapi, kalau korang nak call skynet HQ, sgt la azab. Asyik busy je memanjang. Sebab tu, kalau boleh, aku mmg mengelak nak call skynet HQ ni. Just kalau borang skynet dah habis, baru la aku akan call mereka ni walaupun kadang2 sampai ambil masa 3 hari.

Ok, kemudian sambung balik dgn kerja aku. Lepas call pos laju. Aku akan keluarkan borang2 pos laju dgn skynet. Tulis semua tempahan dari customer sama ade sms ataupun email dari yg ayah aku bagi. Kalau org yg tak suka menulis, buat kerja ni sgt la boring. Kdg2. aku pun rasa mcm tu juga. Tapi, kebanyakan nye aku mcm excited pun ade juga, sbb mcm2 alamat aku tahu. Sampai alamat KLCC pun ade. Tingkat 44 tu. Korang ade? haha. Dan ade gak nama2 yg pelik,  ade nama dia petrus. Macam patronus. Kalau korang baca Harry Potter, mesti korang tahu ape itu patronus. Kdg2 aku pula yg sampai takut nak tulis.takut salah. haha. .


Yang ini contoh borang pos laju dan skynet yg aku kena isi semua maklumat customer.


Selepas tulis alamat yg kdg2 ambil masa sampai 2 jam, ( tu sbb sambil menulis, aku tengok tv. hehe), aku kena pergi rumah sewa pula utk pos brg2 customer. Lepas tu, cek produk ape yg da habis, sms kat ayah aku. Dah siap semua ni, baru la aku boleh balik rumah. Rehat sekejap.


Contoh barang yang sudah di bungkus dan sedia di pos kepada skynet atau pos laju.

Kadang2, aku tak sempat rehat gak. sbb ade customer yg nak ambil secara COD (Cash on delivery), kira mereka yg nak ambil direct, byr cash kat aku terus. Tak payah susah2 nak bank in, nak tunggu aku pos brg. Yg kerja ni, sgt la penat sbb byk kali aku kena ulang alik dari rumah aku kena pergi ke Tesco. Lagi2, bila kena asyik tukar2 kereta. Sampai pening kepala aku. Kdg2, bila mak aku nak pakai kereta innova, aku kena bawa kereta kenari. Bila pekerja ayah aku nak pakai kereta kenari, aku kena tukar innova pula. Dan yg paling best, bila dua2 kereta ni tak ade, aku kena tunggu ayah aku balik untuk pakai kereta perdana dia pulak. Haha.

Uuntuk COD ni, kdg2 sampai malam kerja aku. Ulang alik ke tesco, lagi byk la peluang kau nak makan mcD. Sekarang, secara jujur, aku dah muak dgn KFC mahupun mcD. Setiap hari asyik mkn makanan yg tak berkhasiat ni buat aku muak. Sekarang, bau KFC pun aku dah tak tahan. Karma kot, Hehe. Kalau kat Perlis, selalu merungut mcD tak ade, boring la, ape la. Jadi, bila dah duduk kat Selangor ni, dapat melantak setiap hari, buat aku jadi muak gila. Sampai dah tak boleh masuk makanan tu dlm perut aku.
Sekarang, kalau keluar dating pun, aku dah tak makan benda ni. Makanan Melayu itu yg penting dan sedap.  Huhu.

Akhir sekali, aku akan sms no. tracking customer pd semua pesanan customer yg aku sudah pos. No. tracking ni sgt la penting. Kalau2 brg dorang tak sampai, mereka kena la guna no. tracking ni untuk tuntut brg pd skynet atau pos laju. Yg paling penting sekali, no. tracking ini untuk buktikan yg pesanan customer betul2 dah sampai.

Bisnes online, walaupun sgt la interesting. Cabarannya, setiap hari akan terdedah pd customer yg akan marah2. bising2. Kalau2 brg lambat sampai. Salah hantar brg. Dan kita, sbg seorang pekerja akan terima dgn rela hati. Dgr je la kalau dorang kata nak report pd Persatuan Pengguna. n bla, bla, bla. . . .
Kdg2, yg buat aku sgt2 la panas hati bila dorang marah kalau aku lambat reply mesej dorang, tak angkt fon dorang. Nnt mula la dorang ckp, ni nak berniaga ke tak nak ni?  Kalau tak nak, baik tutup je. Yg ni, mmg aku akan sgt2 angin. Dorang fikir, kerja aku nak menghadap telefon je kot. Tak payah makan, tak payah solat, tak boleh nak pergi kedai. Kdg2, sbb customer yg cpt panas baran ni la yg buat aku terpaksa angkat telefon time drive, walaupun mmg dah salah.  (ni kalau jpj tahu ni, mampus aku. haha)


Ni waktu nak naik flight pergi sabah, semua org tengah happy. Aku pula, sbg pekerja yg berdedikasi, dgn bangga nya, membalas mesej semua customer2 aku. Adik aku pun kesian tengok aku tau. hehe


Tengok, orang lain sibuk bergambar, aku pula kena balas semua mesej customer. Isk3. Kesian nye kat aku ni. . . . .


Sebab semua org dah dapat bergambar, saudara aku pun tolong tangkap gambar aku. Padahal, waktu ni aku tengah jawab panggilan customer ni. . Tapi, last2, sebenarnye bukan dia nak ambil gambar aku. Tapi, nak ambil gambar pemandangan. Sabar je la aku . . .


Selain tu, bila kerja ni, aku belajar ade kaedah drop ship method. Cara ni, ayah aku tak bagi kalau org tahu secara umum. Bak kata ayah aku, rosak bisnes nanti. Jadi, kalau ade peluang, aku akan beritahu satu masa nanti. Tapi, terus terang, kaedah ini la yg buat aku lagi selalu kena hentam dgn customer2 aku. Walaupun sebenarnye, bukan salah aku langsung.

Tapi, untuk semua masalah dan cabaran yg aku hadapi dgn gaji yg ayah aku bagi. mma sgt2 la berbaloi. Jadi, aku tadah je la telinga dengar mereka2 ni bising. Lagipun, mmg ayah aku tak boleh nafikan aku mmg pekerja terbaik dia. Bagi byk untung pd dia sbb aku ni rajin balas sms. Suka bercerita dgn org. Hehe. TaPi, kadang2, kena marah gak dgn ayah sebab rajin melayan dorang. Tak pasal2, kena kacau dgn org yang nak berkenalan, yg gila seks dan macam2 lagi.

Akhir kata, ni la bagi aku kerja yg sangat2 interesting. Banyak pengalaman aku dapat. Aku nasihatkan, kalau korang nak uji kesabaran korang, korang boleh try business online ni. Sekian dari aku buat masa ni. Enjoy! :)