Sunday, May 4, 2014

LASIK-Part II


Hehe. Untuk kali ni pasal operation LASIK pulak. 
Ini lah masa yang di tunggu2 kott! Serius! Time tu memang aku tak sabar gilo weyhh! Haha.

1st sekali yang korang kena tahu. .after buat medical check up. .sekurang-kurangnya 2 hari selepas tu baru boleh buat LASIK. Kenapa?

Err. .aku macam dah lupa laa! Haha. Nanti korang tanya la doctor ya. Tapi yang seingat aku, dalam masa 2 hari tu. .korang kena makan ubat. Titik ubat. 1st, kena makan ubat tahan sakit. Yang kedua, ubat titik. Tak silap aku, ubat tu untuk besarkan anak mata kita lagi kot. Aku pon lupa laa. Tapi, kena pakai selang 4 jam tak silap.

Then, hari ISNIN!! Masa yang di tunggu-II!! Jeng. Jeng. Jeng. Hahahaha.

Pagi tu memang semangat okay. Kali ni, aku bawak adik aku. Tak nak ulang kesilapan yang sama orang kata. Haha. Nanti lepas operation, biar la dia yang bawak kereta. Bersiap pon macam ala kadar je sebab yang ni korang kena tahu. .memang tak boleh pakai langsung any make-up. Even bedak pon tak boleh! 
Paling penting, minyak wangi tak boleh!! Nanti machine operation tu tak boleh function katanya. Kalau korang degil jugak, memang kena mandi la before operation. Itu okay lagi, buatnya diorang suruh korang balik, lagi kesian.

So, sampai2, aku no.10. haha. Gile ramai pulak aku kena tunggu. Tapi, sebenarnya tak pon. .sebab time aku sampai tu orang ke-5 tengah operate. Memang sangat sekejap okay.



Muke aku time tengah nak tunggu operate. Saat2 akhir pakai spect. Hehe. 
Siap boleh main game kau taw! Haha.

Masa giliran orang ke-7-8 tu tak silap aku, dah kena panggil dengan nurse. .dia suruh kau pakai baju operation, and dia letak lagi ubat titik. And tak lupa jugak, dia bagi spect hitam. Hehe. Iye laa. .utk pakai lepas operation kan?  Time tu memang aku dah start istighfar banyak2 weyy. Takut. Takut.  Haha. Seriously. Operation. Ubat. Doktor. Benda2 ni sangat jarang buat aku. Jadi, memang aku takut giler.

Time giliran yang ke-9, dia dah start panggil suruh duduk kat luar. And boleh pulak la nurse tu suruh aku tengok rakaman operation, and tengok macam mana Dr. Muhaya buat. Lagipun, cermin dia transparent. Memang wajib korang tengok.  Supaya korang bersedia.

*Hadoii. Diorang tak tahu ke aku takut???

Okay. .sebenarnya before operation tu. .orang ade jugak tanya aku. .tak takut ke? Tak takut ke kalau something wrong? AND. .ade lagi sorang terlebih advance. .boleh pulak aliff cakap kat aku macam ni,
 “Kak Long, Kak Long tahu tak LASIK tue dia potong mata Kak Long? Lepas tu dia cantum balikk?? 
Haa. Time tu memang aku rasa nak nangis, tapi still jugak buat2 pekak. Dia siap paksa aku suruh tengok video. Haa. Memang aku lari terus weyy!

Tapi, boleh pulak saat2 akhir nak operate, kena pulak tengok video tue. Ya Allah, tuhan je tahu betapa gementarnya aku. Rasa macam nak balik rumah je. Tapi, Takkan aku nak lari kan? Duit dah bayar.
So, aku masuk lah jugak kan bila giliran tu. Time tu, memang rasa kerdil sangat kita ni. Macam2 boleh jadi. Macam insaf pon ade. Sebab time nie baru la rajin mulut ni nak berzikir pada Allah.

Operation.

Aku baring-Nurse borak2 dengan aku-Buat2 lawak tak jadi-Sebab seingat aku, aku memang tak mampu gelak-Dr. Muhaya masuk-and-OPERATION START.

Untuk pengetahuan korang, operation ni 15 minit je. Tak sakit. Tak rasa apa2. Doktor siap borak2 pasal jodoh lagi dengan aku. Haha.





Yang operation ni, aku try detailkan lagi.

1st, doctor letak penyepit kat mata kau untuk besarkan mata-dia potong sikit anak mata-sebesar contact lense je-and akan ade laser tembak mata kau dalam masa 15 saat. Time tue bau la macam terbakar. Mata kau. .walau ape pon terjadi, kena tengok 1 lampu hijau. Then dia akan tampal balik kanta mata yang terbuka. Itu je la.

Then,  mata kedua pulak with same process.

Haa. Nampak tak lampu hijau tue? Yang tu la yang korang kena pandang. 
Ade video. Adik aku tolong rakamkan. .tapi macam segan nak masuk plak. Henset 3310 tue! Haha.

And Still. Jangan risau. Dr. Muhaya pakar. Dia buat kerja lembut je. Tak rasa sakit pon. Bahasa dia pon lembut. Siap time laser tengah masuk kat mata aku, di baca doa lagi. Doakan aku jadi anak yang baik, dapat jodoh yang baik. And paling penting. .dia cakap aku cantik. Haha. Suka okay!! Dah la doctor, personality tv lagi cakap aku cantik. Memang aku senyum sampai telinga je laa. Haha.  


After LASIK, time nak snap pic dengan Dr. Muhaya, kan ramai yang nak snap pic dengan dia kan? Aku amik laa turn last. Time last sekali, dia kata, siapa selepas ni? Aku pon jalan laa ke arah dia, dia cakap.
"Owh, si cantik ya nak snap pic dengan saya. 
Hahahahaha, Aku gelak je la. Adik aku dah buat muka dah. Ye. Aku paham. Aku paham. Aku pon taktau. .tang mana dia tengok cantik tu. Maybe nak bodek customer je kott. .Takpe. Takpe. Aku redha saja! :D


Itu. .adalah DOKTOR ISLAM, BUKAN DOKTOR MELAYU. Semoga banyak lagi doktor2 Islam yang membanjiri di hospital2 kita ya. Amin.



Ini fresh baru keluar dari operation room. Hehe.


After operation, memang kena pakai spect, sumpah! pedih sangat mata aku. Aku memang tak mampu nak bukak mata besar-besar. Sebab tu, time snap pic dgn Dr. Muhaya, memang kecik je mata aku.

Memang banyak sangat pic walau pakai phone biasa je time tu. Tapi, memang aku sangat tidak sabar untuk balik okay! Cepat la sesi bergambar ni habis. Perasaan aku?

Aku tak rasa apa2. Sebab time tu sumpah pedih mata aku!





Kan aku bawak adik aku. Konon-konon untuk dia drive la balik nanti. Last2, Dia bawak separuh jalan je sebab asyik sesat barat je. Haha. Dan kerana, Aku memang nak balik cepat, sebab tu aku sanggup drive jugak. Fuhhhhh~

Lagipun, ini adalah bukti, yang orang kata, lepas LASIK, korang dah boleh drive sendiri. Memang betul la. Time ni memang takde pakai power mata. Macam tengok biasa je.

Ingat balik rumah boleh terus rehat ke?? Kena pulak cerita seround dengan mak aku apa jadi. Hee. Tag ni memang akan jadi kenangan sampai bila2. 

*A little bit teaser.

After operation. Percayalah! Tak seindah pon yang di sangka. Bukan aku terus nampak. Terus boleh gelak guling. Allah je tahu. Mungkin sebab aku jarang sakit kott. Jadi, bile sakit macam ni. .rase lemah je 1 badan aku.

Tapi, itu next post la. haha. Tak larat la aku tulis panjang2. Ini pon dah cukup panjang. So, till we meet again ya! :D

Ini pic antara yang paling latest. Sekarang dah jadi budak dua mata. 
Bukan mata empat lagi. Hehe.













No comments: