Thursday, November 1, 2012

Nak kurus vs Buang Lemak.

Sekarang: Aku berisi. It's something yg sgt. sgt tak menyeronokkan bila aku tgok bdn aku dah semakin mengembang. Tiba2 mcm lali dengar org cakap: "mak aih fatin, tembamnye!!"
Mula2, boleh la aku gelak2 sampai 80x, tapi lama2, gementar tu mesti ade. Seminggu cuti ni, fikir pasal berat badan aku lagi banyak dari aku fikir pasal assignment yg tak buat2 lg tue! But. Padan muka kat aku jugak, dulu gelak2 kn adik aku bila dia semakin mengembang. Sekarang, aku pulak! Mau tak tersentap aku!
Memang, aku ade baca kat fb status macam ni,


Org kurus : "Alamak, gemuknye Aku..!! " :-(

Org pandai : "Aku dapat 90 markah jer? kenapa tak 100.. :'(

Org cantik : "Buruk, hodohnye aku dalam gambar nie.. deletex3 !!!.. :O

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)




 Mula2, memang la boleh tarik nafas lega sampai 880x bila aku baca. Tapi, bila aku fikir balik. Habis, tak kan aku nak tunggu sampai aku dah gemok gedempol baru aku nk sedar kan??
Memang, kita harus bersyukur. But, bila kita dah persiakan nikmat yg Allah bg pon, tak boleh jugak kan? kan?  Contoh, Allah dah bg tubuh badan yg sihat walafiat. Tapi, aku sengaja makan makanan yg tak berkhasiat, memang sengaja tempah maut la. Tu pon boleh bawak kepada mensiakan nikmat yg Allah beri.
Betul. Aku risau. Confident hilang. Rasa tak cantik. #err. sorry, terperasan cantik plak. haha. :P

At the end, ini penyelesaiannya bg kes aku:
#Terima kasih pd Enchik Google dan blog2 yg bg byk sgt panduan ttg masalah aku.#
1st: Niat: Aku tak nak kurus weyy!! #semua org marah bila aku cakap nk diet. Mereka kata, (orang lain yg kata okeyy, haha) badan aku da cukup NICE! Hehe.# Aku just nak bila aku tengok kat cermin, sedap je mata aku memandang. Kalau boleh, perut buncit tu kena pergi jauh2! Shuhhhh. Shhuuuhhh. Orang tengok, terutama ayah aku, takkan cakap, "mak aih, ayah tengok anak ayah dah macam ahli gusti dah! :( #ayah aku, memang spesies luar alam sikit mata dia. Tapi bg aku, kalau ayah aku yg selama ni jarang komen dgn ape aku buat, tiba2 komen pasal bdn aku. Kompem! Badan aku memang semakin mengembang di mata dia! :(

2nd: Makan makanan yg berkhasiat weyy. #macam susah nak buat tu. Tapi, aku try buang bad habit pemakanan aku. Minum air kosong dgn sgt.sgt. sgt byk. Kurangkan makanan bergoreng(No pisang goreng, keropok lekor, maggi goreng, nasi goreng dan segala adik beradik yg ber bin/binti goreng!), bak kata Izan makan buah2 terutama betik, pisang dan epal. Jangan makan terlalu banyak makanan manis, and no more FAST FOOD, darling! #tapi, aku mmg tak boleh nk ketepikan fast food. Kalau kurangkan, insyaallah bolehh!!errrr, mmg susah. Tapi, aku memang nk try kurangkan sikit demi sedikit.

3rd: Bersenam. Mmg la penasihat aku, Cik Izan cakap, kalau dgn herbalife, tak payah bersenam pon takpe. But, untuk diri aku. Aku pilih jugak senaman sbg langkah2 nak buang lemak aku yg terkumpul ni. Bagos untuk kesihatan aku for present and future too. Tak salah pon kan? kan?? Cara senaman aku, jogging!! Jap2, nak cakap. Tanggal 31 Okt 2012, aku dah jogging sampai 5.2km tue! haha. Walaupun bangun pagi, rasa pedih je kaki aku. But, seriously. Really. really proud with myself. Tak sangka aku mampu buat. Dan of course, ade org cakap, akan syg aku lebih kalau jogging smpai 5km. Ehem2, sendiri mahu paham la Mr.! Fiza da buat! Peace. hee~

4th: Extra makanan tambahan. Officially, Aku dah jadi pengguna Herbalife. Thanx pd Miss Izzan, penasihat kesihatan aku. Niat aku, aku tolong diri aku, tolong kawan aku punya bisnes. Semua dpt benefit. Dan seriously Izzan, walaupun gaya aku macam tak berapa serius psl HBL ni. Aku mmg bangga+doa kau akan success 1 hari nanti. Really proud with u, my friends! :D

Mesti akan ade kata2, "dah okey la badan kau. Buat ape nk kurus2 lg?" Haishh!! Aku bukan nk kurus. Aku just nak buang lemak2 yg terkumpul kat badan aku ni. Terutama kat perut dgn lengan. Bukan best pon simpan lemak ni. Lg2, lepas aku guna penimbang ajaib herbalife, umur dalam badan aku adalah 31 tahun! 10 tahun lg tua dr diri aku! Ya allah, aku tak tahu ape yg aku buat dgn badan aku. Hope biarlah perubahan aku ni secara konsisten.Jangan la jadi macam angan2 mat jenin. Kerna aku mmg begitu! Hangat2 tahi ayam je! :o

Walaupun macam segan, tapi ini la rupa aku sekarang. Macam mak org kan? kan? Kalau betul, just jawab dalam hati aje. :(



Tapi, takpe. Hope perancangan aku ni, aku dapat laksanakan dgn penuh istiqamah. Fuhh. Fuhhhh. Ya Allah, permudahkan jalan hamba-Mu ni. . .

So people, wish me luck k. ;) Jangan merendahkan semangat aku taw! taw! :D

2.11@1.39a.m





3 comments:

farsyah said...

tak nak jawb dalm hati...
nak kat sini jgak
aah!!! mcm mak org dah~ #tp still comey ;)
isk isk isk,,, ngeeeh

akupunyerhati~ said...

yeahhh!aku setuju ngan paah..hehe..
mak orang cute tengah pantang..:p
herba life nie kompem bagus ea..?basenye bape lama tempoh nak mengecut..huhuhu..

Fyza Fauzi said...

Paah! Fara! mmg tak bole bwat back up kwn la. ksian kat aku. :( tkpe, aku pstikn yg aku akn mengecut. haha. :P
Paah: teniu. tp, kau 10x comey. :D
Fara: Aku tak tahu la. Cube kau tye izan. tp, ak amek hbl ni pon as extra nutrition je. ;)