Saturday, November 10, 2012

CINTANg: UiTM+ Dato' Prof Ir. Dr. Sahol

Salah 1 benda yg paling interesting kat Uitm ni bg aku adalah our Naib Canselor. Dr. Sahol.  Kalau kat fb, update status, sgt2 la sporting. Sometimes mmg rase mcm ayahanda tue. #Beliau bahasa kn diri dgn ayahanda. Sometimes, mcm kawan pon ade, meh2, nak share~

Memandangkan Uitm sgt2 strict about plagiarism, oleh itu, sy hendak meng 'quote' kn, bahawasanya untuk ayat2 sy selepas ini adalah di ambil dari page fb Dr. Sahol. Fuhh~ Just, rasa nk letak kat sini sbb nak komen2 sikit+nanti aku pon boleh baca jugak.

1st sekali, believe it or not, Dr. Sahol sgt la terbuka pasal cinta. First2, aku pon macam terkejut. But, bila aku fikir balik. Betul jugak. Kami ni mmg la student Uitm, tp nk jadi mak org tu mmg sgt la boleh! :P


Anak2 sedikit nasihat dari ayahanda utk anak2 yg sdg bercinta.


Cinta bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. Cinta bukannya sekadar berkata “I love you” atau “Saya sayang awak”. Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “Dah makan? Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik.”



Bukan.



Cinta ialah satu tanggungjawab. Berani melafazkan cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik ke jalan Allah. Supaya nantinya terus bercinta hingga ke syurga?


Selamat Malam semua. Jangan lupa pesanan Ayahanda.

See. Kan aku dah kata. Sweet kan? haha. Benda ni, sebenarnya tak payah komen. Baca, terus masok kat dalam hati. Jangan nak bercinta kalau tak mampu nk bertanggungjawab. Give a full commitment. Bersama with your partner tak kira time jatuh, bangun, tergelincir, tergolek, tersungkur, mahupun terbalik. OK?

Ramai pula yg hantar email meminta macam2 nasihat. Yang saya mampu saya menjawab terus. Kadang2 terpaksa beri secara umum. Ramai juga siswi yg patah hati kerana lelaki mempunyai banyak pilihan. Kali ini saya ingin nasihatkan semua. 


Kalau tak mampu mencintai, jangan sentuh hati seseorang, 
Kalau tak mampu setia, jangan mengukir janji,
Kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan beri harapan,
Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti,
Terlalu mahal untuk disia-siakan,
Dan terlalu berharga untuk dihancur kan. 



Mungkin anak2 dpt beri pandangan tambahan sebagai nasihat. Jom beri nasihat.

Faham2 sendiri la wahai tuan dan puan. Mungkin, bagi org lain. Bila cakap syg, cinta. . itu sekadar ayat nk mengorat la, mengayat la, nk test market la. #ngek ang. Ingat kau nk develop new product ke sampai nak test market. Tapi, for me, bila aku cakap syg, sesungguhnya aku mmg sayang. Tak kira la pd kawan ke, family ke or yg teristimewa ke. Just, sometimes keadaan yg menyebabkan sayang tu tak nampak. Trust me. Cewahh~ haha. :P

Sebenarnya, banyak lagi, tapi cukup yg ni dulu kot. Nak tahu lebih, sila la 'like' page Dr. Sahol. Tapi, bukan la our NC update status pasal cintanG semata2. Banyak lagi. About faculty, Uitm, agama, melayu.
He is someone yg aku pernah tahu, dan kenal yang betul2 sayangkan UiTM, agamaNya, bangsa Melayu, and of course student2 Uitm sekalian. Banyak gila nasihat dia. Tak terlalu keras, aku suka. Sebab status dia, baca terus masok dalam hati. Just bergantung pd diri aku, sama ada nak buat atau tidak.

Sangat bangga menjadi sebahagian dari UiTM. Cehh. Aku tahu ade yg pandang sinis and diskriminasi pasal Uitm ni. Cakap kitorang kuat sosial la, malas la, mentang2 kerajaan tolong, tak membangun la, pelajar terbuang la, ape la.  Okey fine. Mentang2 korang pandai, Universiti korang terbaik. Tak mahu ckp ape2. Just, aku rasa, siapa yg pernah menjadi sebahagian dari UiTM, tahu the value of UiTM tu.

Aikk?? Kenapa tiba2 aku semangat2 bangga pasal Uitm ek?? 

11.11@1.11 a.m






No comments: