Thursday, February 3, 2011

Aku . Mesir . Islam .

Salam .
1st . Aku memang malas nak post tentang konflik kat Mesir ni . Tu pun sebab dah banyak link pasal konflik kat Mesir . Akan tetapi , bila aku baca satu blog ni , sangat serius . tangan aku ni macam gatal je nak menulis . Perasaan aku berbaur2 . Sakit hati .  Terkejut . Terpana .  Malu . Dan aku sangat menyesal baca blog dia .
Ya allah , kotor sangat  ke politik kat Malaysia ni ? Tajuk entri ,

Krisis Di Mesir: Utamakan Bawa Pulang Yang Sokong Umno Terlebih Dahulu


Mana pergi semangat Malaysia ? Atau kalau tiada semangat Malaysia sekali pun , mana pergi semangat Islam kau ? Ya Allah . 
Ini baru seorang , jadi jangan tanya kenapa negara orang islam berperang . Sebab benda macam ni lah . Semangat persaudaraan tu sudah hilang . Tiada semangat untuk melindungi bumi Allah ni . Dan tiada semangat untuk melindungi ' islam ' itu .


2nd . Aku memang malas nak marah pasal pemimpin bukan Islam ni . Sebab dia tidak tahu apa islam tu . Tapi , yang aku sangat terkilan , mereka2 , pemimpin orang islam . Tidak kira lah . Melayu ke , orang indon ke , orang arab ke , asalkan dia adalah orang Islam . Tidak takut ke mereka apabila menjadi seorang pemimpin yang tidak adil . Maksud aku , pemimpin yang tidak meletakkan sesuatu di tempatnya . Mereka tidak tahu ke , apabila mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka , malang bagi mereka kerana dosa yang mereka tanggung tu sangat berat .
Sudah lah dosa diri sendiri tak tertanggung , ni nak tanggung pula dosa orang bawahan . Wah , berani gila .
Susah ke untuk buat sesuatu yang betul ? Penting sangat ke kuasa dan kemewahan tu ? Bukan tu lagi akan membuat orang semakin tidak bahagia ke ?  Kerana banyak tekanan yang terpaksa di hadapi .
Tapi , aku tidak lah cakap semua pemimpin tu teruk , gila kuasa . 
Bagi mereka yang betul2 ikhlas untuk memimpin , nak maju kan orang2 dia . Aku sangat kagum . Ini baru lah pemimpin sejati . Tapi , betul ke ada lagi pemimpin yang ikhlas ni ? Kalau ada pun , berapa kerat je .
Apabila lahirnya pemimpin yang betul2 ikhlas untuk memimpin , bukan untuk mengejar kuasa dan kemewahan , maka akan lahir lah sebuah tamadun yang sangat maju . Macam empayar islam dulu . Teringin sangat nak kembali ke zaman itu .
Islam yang di geruni , di hormati , dan di segani .
Akhir kata , semua perkara yang kita buat itu adalah berdasarkan niat . Sekian .

No comments: