Heyy! Hehe. ASSALAMUALAIKUM.
Nampak tak betapa rajinnya aku mengupdate blog? Haha. Kalau
tak, dalam sebulan sekali pon mimpi la aku nak mengupdate. Kenapa?? Haa!! Nanti2 aku beritahu reason
dia. Hehe.
So, untuk kali ni, aku nak cerita benda lain. Since sekarang
mood2 org celebrate hari ibu, aku nak cerita the truth one tentang umi aku.
Seriously! Sebenarnya, dari dulu memang aku rasa mak aku ni macam different
sikit. Bukan macam typical Malay yang selalu kita tengok dekat drama melayu. Dulu macam aku rasa pelik laa..takut..sebab lain je..but, aku dah lama2, dah terbiasa and aku bahagia with this way. Haha.
- Tak pernah sebut kata-kata sayang
Hehe. Yang ni..sumpah lawak! Selalu kan
dalam drama kan hampir semua ibu selalu sebut ibu sayang anak2 ibu. Tak boleh
hidup tanpa anak2 ibu laa..ape laa..Tapi!
Kalau umi aku…hehe. Memang tak la. Seingat
aku, umi either directly/indirectly memang tak pernah pon ucap dia sayang anak2
dia. Hehe. But, seriously, aku memang tak kisah langsung. Kalau umi berjiwang, mampos aku! mesti aku rasa awkward gila! Haha.
- Umi yang sentiasa nak melawa dan lebih dari anak dia
Haha. Ini pulak, kan selalu kita tengok
mak2 kat tv, tak suka melawa, sanggup tak beli apa2 untuk diri dia..yang
penting anak dia dapat semua, muka yang macam cengkung, di mamah usia and macam2 la yang boleh buat kita sedih.
But, mak aku kan..haha. Percayalah! memang
sangat kuat melawa. Kalau bab ubat kurus, cakap la..produk ape dia tak pernah
pakai, semua dia pernah pakai. Pencuci muka..sebut je apa, semua dia tahu. Make
up? Fuhh..Kalah artis weyy! Haha. kalau bab beli baju raya lagi laa! Dia beli dulu baju
dia yang penting. Senang nak pilih colour katanya..hehe. And mesti baju dia paling banyak dari semua orang. Entah kurun bila nak
pakai..aku tak tahu. Selalu memang kena bising dengan aku, tapi percayalah! Dia
dah prepare dah alasan awal2!
- Umi yang sentiasa menunjuk betapa dia sayang anak lelaki dia-Iwan.
Yang ni, aku tak tahu laa..aku nak sedih
ke..terasa ke..or nak gelak. Sebab selalu umi memang kena bahan dengan aku. Aku
siap dah panggil Iwan-adik aku tu “pewaris” tahu takk! Sebab memang ketara gila
la mak aku sayang gila kat dia!
Contoh paling dekat, baru2 ni, kami ade
berkumpul kat Melaka, semua 1 family besar dah sibuk start makan2. Umi still
kat dapur. Lepas tu, selang beberapa ketika, tiba2 mak aku datang sebelah aku
bawak 2 cawan. Terus ambil air then terusssss…….pergi hantar kat pewaris dia
yang ada kat hujung sana tu and kat ayah. Ayah tu aku memang tak kisah
laa..tapi yang Iwan tu. Sumpah! Dia dah besar okay. Dah 21 tahun dahh. Aku
rasa. Dia mampu kott nak ambik air dia sendiri! Yang aku ni…boleh pulak dia buat2 tak nampak
je. Hadoiii!!
Lagi 1, kalau kitorang tanya, antara ayah
dengan Iwan, mana yang dia lagi sayang, nanti selamba je dia cakap dia sayang
kat Iwan lebih! Ayah aku pon serius! Memang bahan je mak aku pasal benda ni.
Hehe.
- Umi yang kuat melawan
Kan selalu kat drama, selalu tunjuk ibu
atau emak yang selalu kena aniaya, di buli…apa2 la yang part sedih. Tapi, yang
ni..mak aku memang style gila! Berani la korang nak carik pasal dengan dia…10x
dia balas balik! Tak pun…10 keturunan dia ingat apa yang korang buat kat dia.
Sometimes, kalau mak aku gaduh dengan orang taman ke sape2 ke carik pasal, aku
bukan kesian kat umi, tapi kesian kat orang tu. Mak aku ni..kalau dia baik…baik
bonar…tapi, kalau dah sampai tahap marah dia, haa! Waalaikumussalam la korang!
Mimpi laa dia nak datang terhegeh2 kat korang.
Hehe. Memang nampak macam lain macam sikit mak aku. Tapi, at the end she still the best.
- Umi yang tak pernah lokek dengan anak dia
Compare dengan ayah aku, memang umi aku sangat2 tak berkira
pasal duit. Korang mintak la ape saje.. inshaa allah dapat. Even dulu, aku
mintak buat lasik pon, selamba je dia bagi. Sebab tu, walaupun Nampak agak
ketara kasih sayang dia antara Iwan dengan yang lain, but, seriously, tak kira
la aku ke, Iwan ke…or siapa2 pon, mintak la ape sahaja…selamba je dia bagi.
- Umi yang sangat berjiwa muda
Hehe. Yang ni, aku tak tahu laa nak kata apa. Aku beli Walkman,
dia pon nak jugak pakai Walkman. Aku beli cardigan, dia pon nak pakai cardigan.
Aku decorate bilik aku macam ni, dia ponn..nak jugak susun macam tu! Aku temgok
wayang, dia pon nak tengok wayang. Haha. Kira macam2 la. Jiwa muda sangat mak
aku ni. Poning haa aku kadang2. Haha.
- Umi yang sangat open minded
Umi aku jenis…dia akan cerita semua. And kalau nak cerita
dengan dia ponn..dia tak kisah. Dia denga semua cerita. Sebab tu selamba je aku
cerita pasal kawan2 aku. Err…pasal lelaki. And everything laa. Maybe dia ade
suke, ade tak suke, but inshaa allah dia tak pernah refuse nak mendengar
cerita2 anak dia walau buruk macam mana sekali pon.
- Umi yang over- protected anak dia.
Seriously, mak aku kalau nak kutuk anak2 dia..selamba je dia
kutuk depan orang ramai. Sampai kadang2 aku pon naik malu. Tapi! Berani la
korang yang kat luar nak kutuk anak2 dia..haa! Yang tu memang kena siku laa.
Contoh. Nenek aku ni jenis suka kutuk kitorang taw. Hampir
semua yang kitorang buat macam tak berapa betul kat mata dia. And yang buat mak
aku makan hati sikit…sebab kalau cucu2 dia yang lain, sikit pon tak berani dia
nak kutuk depan mak2 dia. Tapi, kalau umi, tak kira la aku ke, iwan ke, jima
ke, jaja ke, isha ke, selamba je depan umi dia kutuk. And serius! Umi aku
sangat2 terasa dengan benda tu. Walaupun. Memang anak2 dia semua memang kaki
bangun lewat. Haha.
Tapi, nak buat macam mana kan? Itu nenek. Nama pon nenek.
Dah tua. Apa sangat la mulut dia tu. Walaupun, kadang2 rasa macam nak melawan
je, tapi kita diamkan je la. Dah tua tu.
Dear Umi, sabar ya!
Haha. Nak buat macam mana, memang akak tak suka masak, tak pandai masak, tak
reti bangun awal, iwan tak pandai bergaul dengan orang, jaja tak reti bangun
awal and semua anak umi..memang tak berapa sangat ade ciri2 anak dara terakhir.At least, dia peduli tentang kita.
But, at the end. She still the best. Nampak macam ade kurang here and there. But, dah sangat perfect kat mata aku. Thanks Allah bcoz sending me a very, very, very the best mom. And lastly, Happy Mother's Day, Umi! I love you so much!! Forgive me, untuk all my mistakes and please...pray the best for me. Sebab Allah dah janji, doa ibu pasti di makbulkan. Jadi, Doakan akak ya! Always taw!Bye-II.
The beautiful Ummi in the World! Madam Rosanita bt Mohd Jaafar. Phewww.
No comments:
Post a Comment