Serius! Tahun nie mmg la sgt. sgt lain feel dia. aku tak tahu nk ckp mcm mana.
Gembira ade, sedih ade, sayu ade, terharu ade, sweet ade, kira macam2 ade la! HAHA.
RAYA PERTAMA
Pagi raya: Untung jadi lelaki ni. Pagi raya, semua org2 perempuan yg tolong siapkan. Gosok baju, pakai sampin, siapkan mkn. Haa! Yg ni umi siap potong kan kuku lagi tu! Mmg terbaik la. haha.
Adat hari raya: Mmg wajib kena tangkap gmbar, salam2, buat ayat2 drama . . Then, dpt duit rayaaaaa!!!!! yeayyyy!!! haha. Tahun ni best gila sbb umi pon bagi duit raya. hee~
Family sebelah umi! :D
Tak ade la ramai sgt mcm kat dlm fb yg ak tgok, family diorang smpai nk penuh 1 padang tue. Fuhh. Kagum sebentar aku. Yg sikit ni pon dah mcm2 perangai dia kott! :P
RAYA KEDUA
Raya kedua ni aku dah ade kat johor. Kampung sebelah ayah pulak. Macam biasa, hanya gambar sahaja yg mampu berbicara. hee~
Gambar byk giler, tapi aku masuk yg nie je. sebab aku tengok pon aku da gelak sorang2! :P
Nie kat rumah tok yot aku, #kira dah pangkat moyang la ni# Lama giler. Perut da penuh, badan da start kebas2, make-up pon da cair, kepala pon dah nampak bantal je! Last2, aku dgn adek aku, sepupu aku buat kerja yg tak berfaedah. So, ini lah hasilnya! haha.
*muka biasa*
*muka sengal*
*muka sedih*
*muka terkejut*
Opsss!!! Time ni umi da start jeling2 syg dia. So, kena la stop permainan kitorang ni sebelum mak dara tu sound suruh beradab kat rumah org. :(
RAYA KETIGA
Hari tu, serius! Aku rasa macam2. Happy ade, terharu ade, sedih ade. But, Alhamdulillah. It's going better. Betul kata pepatah org melayu.
" Air yg di cincang, takkan putus"
Kau nk cincang dengan parang ke, gergaji ke, kalau dah nama FAMILY, mmg at the end dia akan bercantum balik. Just, masa yg menentukan.
So, after 6 years, akhirnya kami tangkap kembali gambar keluarga. Yeayyyyyy!!!! Sumpah, rindu memori ni sepanjang 6 tahun yg lalu! Akhirnya, terjadi jugak. :D
But, still ade rasa sedih tu bila atuk aku tak ade dalam gambar ni lagi. Tak sempat arwah atuk nak tengok "kami semua" di dalam 1 gambar. . . .
*Family JOHOR*
The Making of Family JOHOR. Hehe. :P
Walau ape pon yg terjadi, kami tetap 1 FAMILY! :D
Last:
Cukup la sampai sini dulu. Sgt happy dpt jumpa semua family. Sometimes, ssh nk jumpa. Setahun sekali je. Dulu semua kecik2 je, muka comot2 je. Sekarang, semua da membesar, bajet2 cool. Cis! Padahal dulu main kejar2 je dgn aku sampai jatuh terguling. :p and of course makin tinggi.
*aku je yg da terhenti pembesaran dia. :( *
But, dalam kegembiraan, masih juga ade sedih. Buat arwah atuk, Al-fatihah~
And, Thanks pd someone yg membuatkan Ramadhan+Syawal ni lebih berharga. It's something yg sgt2 membahagiakan+sweet2 je. Seriusly. :p
Thanks Aman! :D
Thanks Aman! :D
Akhir kalam,
" Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin."
No comments:
Post a Comment