Saturday, August 6, 2011

Kerja, ,

Hari ni, setelah lama tak update blog. tangan tiba2 rasa mcm ringan je nak tulis sesuatu. Dan, memandangkan cuti semester yg dah nak habis, kerja aku pun tinggal lagi sebulan je sebelum tutup buku. Aku nak bercerita ttg kerja aku yg superb interesting. Korang rugi sbb tak kerja mcm aku. Muahahahahaha :P

Thanx kpd ayah sbb bagi aku peluang kerja ni. ( Tapi, sebenarnye mmg ayah berat hati nak bagi kerja ni, takut bankrap bisnes dia aku buat. HAHA). Oppss, lupa pulak nak ckp aku kerja ape. Aku uruskan bisnes online. Best gila kerja ni kot. Mcm2 aku belajar. Waktu ni la aku belajar apa itu pos laju, skynet, no. tracking. Dan percaya atau tidak. Aku lagi byk bukak laman web pos laju dari facebook sendiri. Hehe. Tapi, ni waktu awal2 aku kerja la. . skema semacam je.

Kerja aku senang je. Bangun2 pagi. call pos laju. Mcm kat dlm gambar ni,



Aku: Hello, dari syarikat  . . .
Pos laju: Ok, nak kutip parcel ke document?
Aku: Parcel.
Pos laju: Ok, panggilan ke 68. ( mmg kalau panggilan dari aku lambat sikit. Yelarh, org  kerja start pukul 8 pagi, aku start pukul 12 tengah hari. Haha)

Korang jgn salah faham pula. Kerja aku mmg la start pukul 12 tengah hari. Tapi, Habis sampai pukul 12 mlm.
Tapi. sekarang berurusan dgn pos laju bukan sesenang perbualan ak dgn pos laju yg kat atas ni. Pos laju dah pakai hotline pick up no. Jadi, lagi panjang la perbualan aku dgn dorang. Leceh pun ade juga. Sampai minta no. akaun syarikat ayah aku, baca balik alamat kami, no. telefon, tanya pukul berapa nak ambil. Kemudian, pos laju akan beri no. rujukan kalau customer kita tak dpt brg.Kadang2, boring gak. Sebab, setiap hari ulan ayat yg sama. Tapi, nak buat mcm mana. Dah protokol mereka kan? Kita ikut je la.

Berbeza dgn skynet, kita tak payah nak call semua. Mmg dia akan datang kat depan rumah kita. Tahu2, dah tin kat depan rumah nak ambil barang skynet. Tapi, kalau korang nak call skynet HQ, sgt la azab. Asyik busy je memanjang. Sebab tu, kalau boleh, aku mmg mengelak nak call skynet HQ ni. Just kalau borang skynet dah habis, baru la aku akan call mereka ni walaupun kadang2 sampai ambil masa 3 hari.

Ok, kemudian sambung balik dgn kerja aku. Lepas call pos laju. Aku akan keluarkan borang2 pos laju dgn skynet. Tulis semua tempahan dari customer sama ade sms ataupun email dari yg ayah aku bagi. Kalau org yg tak suka menulis, buat kerja ni sgt la boring. Kdg2. aku pun rasa mcm tu juga. Tapi, kebanyakan nye aku mcm excited pun ade juga, sbb mcm2 alamat aku tahu. Sampai alamat KLCC pun ade. Tingkat 44 tu. Korang ade? haha. Dan ade gak nama2 yg pelik,  ade nama dia petrus. Macam patronus. Kalau korang baca Harry Potter, mesti korang tahu ape itu patronus. Kdg2 aku pula yg sampai takut nak tulis.takut salah. haha. .


Yang ini contoh borang pos laju dan skynet yg aku kena isi semua maklumat customer.


Selepas tulis alamat yg kdg2 ambil masa sampai 2 jam, ( tu sbb sambil menulis, aku tengok tv. hehe), aku kena pergi rumah sewa pula utk pos brg2 customer. Lepas tu, cek produk ape yg da habis, sms kat ayah aku. Dah siap semua ni, baru la aku boleh balik rumah. Rehat sekejap.


Contoh barang yang sudah di bungkus dan sedia di pos kepada skynet atau pos laju.

Kadang2, aku tak sempat rehat gak. sbb ade customer yg nak ambil secara COD (Cash on delivery), kira mereka yg nak ambil direct, byr cash kat aku terus. Tak payah susah2 nak bank in, nak tunggu aku pos brg. Yg kerja ni, sgt la penat sbb byk kali aku kena ulang alik dari rumah aku kena pergi ke Tesco. Lagi2, bila kena asyik tukar2 kereta. Sampai pening kepala aku. Kdg2, bila mak aku nak pakai kereta innova, aku kena bawa kereta kenari. Bila pekerja ayah aku nak pakai kereta kenari, aku kena tukar innova pula. Dan yg paling best, bila dua2 kereta ni tak ade, aku kena tunggu ayah aku balik untuk pakai kereta perdana dia pulak. Haha.

Uuntuk COD ni, kdg2 sampai malam kerja aku. Ulang alik ke tesco, lagi byk la peluang kau nak makan mcD. Sekarang, secara jujur, aku dah muak dgn KFC mahupun mcD. Setiap hari asyik mkn makanan yg tak berkhasiat ni buat aku muak. Sekarang, bau KFC pun aku dah tak tahan. Karma kot, Hehe. Kalau kat Perlis, selalu merungut mcD tak ade, boring la, ape la. Jadi, bila dah duduk kat Selangor ni, dapat melantak setiap hari, buat aku jadi muak gila. Sampai dah tak boleh masuk makanan tu dlm perut aku.
Sekarang, kalau keluar dating pun, aku dah tak makan benda ni. Makanan Melayu itu yg penting dan sedap.  Huhu.

Akhir sekali, aku akan sms no. tracking customer pd semua pesanan customer yg aku sudah pos. No. tracking ni sgt la penting. Kalau2 brg dorang tak sampai, mereka kena la guna no. tracking ni untuk tuntut brg pd skynet atau pos laju. Yg paling penting sekali, no. tracking ini untuk buktikan yg pesanan customer betul2 dah sampai.

Bisnes online, walaupun sgt la interesting. Cabarannya, setiap hari akan terdedah pd customer yg akan marah2. bising2. Kalau2 brg lambat sampai. Salah hantar brg. Dan kita, sbg seorang pekerja akan terima dgn rela hati. Dgr je la kalau dorang kata nak report pd Persatuan Pengguna. n bla, bla, bla. . . .
Kdg2, yg buat aku sgt2 la panas hati bila dorang marah kalau aku lambat reply mesej dorang, tak angkt fon dorang. Nnt mula la dorang ckp, ni nak berniaga ke tak nak ni?  Kalau tak nak, baik tutup je. Yg ni, mmg aku akan sgt2 angin. Dorang fikir, kerja aku nak menghadap telefon je kot. Tak payah makan, tak payah solat, tak boleh nak pergi kedai. Kdg2, sbb customer yg cpt panas baran ni la yg buat aku terpaksa angkat telefon time drive, walaupun mmg dah salah.  (ni kalau jpj tahu ni, mampus aku. haha)


Ni waktu nak naik flight pergi sabah, semua org tengah happy. Aku pula, sbg pekerja yg berdedikasi, dgn bangga nya, membalas mesej semua customer2 aku. Adik aku pun kesian tengok aku tau. hehe


Tengok, orang lain sibuk bergambar, aku pula kena balas semua mesej customer. Isk3. Kesian nye kat aku ni. . . . .


Sebab semua org dah dapat bergambar, saudara aku pun tolong tangkap gambar aku. Padahal, waktu ni aku tengah jawab panggilan customer ni. . Tapi, last2, sebenarnye bukan dia nak ambil gambar aku. Tapi, nak ambil gambar pemandangan. Sabar je la aku . . .


Selain tu, bila kerja ni, aku belajar ade kaedah drop ship method. Cara ni, ayah aku tak bagi kalau org tahu secara umum. Bak kata ayah aku, rosak bisnes nanti. Jadi, kalau ade peluang, aku akan beritahu satu masa nanti. Tapi, terus terang, kaedah ini la yg buat aku lagi selalu kena hentam dgn customer2 aku. Walaupun sebenarnye, bukan salah aku langsung.

Tapi, untuk semua masalah dan cabaran yg aku hadapi dgn gaji yg ayah aku bagi. mma sgt2 la berbaloi. Jadi, aku tadah je la telinga dengar mereka2 ni bising. Lagipun, mmg ayah aku tak boleh nafikan aku mmg pekerja terbaik dia. Bagi byk untung pd dia sbb aku ni rajin balas sms. Suka bercerita dgn org. Hehe. TaPi, kadang2, kena marah gak dgn ayah sebab rajin melayan dorang. Tak pasal2, kena kacau dgn org yang nak berkenalan, yg gila seks dan macam2 lagi.

Akhir kata, ni la bagi aku kerja yg sangat2 interesting. Banyak pengalaman aku dapat. Aku nasihatkan, kalau korang nak uji kesabaran korang, korang boleh try business online ni. Sekian dari aku buat masa ni. Enjoy! :)

1 comment:

akupunyerhati~ said...

wahhhhhh.....best gila keje ko fyza!jumpa customer..layan kerenah dorang..mcm2 ragam..hehe..x pe..x lama lg ayah ko bole la naik kn pangkat ko jd boss lak...huhuhu...