Tuesday, July 23, 2013

Proud!




Hai. Hai.

 Happy Ramadhan peeps! hee. Sesungguhnya, mood aku sangat baik hari ni. haha.

The reason is:

Elaun dah dapat weyy!!!! HAHA. Ade rase jeles tak?? So, dah nampak bayangan MP4 di tangan aku time raya nanti. Boleh tengok Hongki even duduk nun. . . . jauh. . . .  di kampung sana. haha.

And oleh kerana mood aku sangat baik hari ni, dgn riang gembiranya aku nak meng-update blog yang tak berapa update nie. haha.

Previous entry, aku macam malu sikit. Yelahh. . punya lah berkobar2 aku nak belajar masak, tapi, dah bulan 5, baru 2 resipi je aku tahu. So, sangat agak memalukan di situ. Oleh itu, with new entry nie, sempena bulan ramadhan yang mulia ni. . bukan 1. bukan 2. bukan 3. Tapi 4 weyy!! Ulang lagi sekali, EMPAT (4) weyy resipi aku dah buat. hehe.

Err. . walaupun hakikatnya, sebenarnye, kebenarannya. . resipi yang aku buat ni sangat lah simple. But, it's okay what than nothing! Lagipun, aku rase aku patut mulakan dgn yang simple2 dulu baru lah aku boleh going further. Since basuh ikan, basuh ayam, goreng ikan, goreng ayam still sangat. sangat menakutkan and too advance bagi beginner macam aku, haruslah aku mulakan something yang very nice, sweet, simple. Bila dah jadi, bermotivasi lah sikit aku nak goreng ikan pulak lepas ni. haha.

So, first receipe, Puding karamel.

Mula2, bila tengok resipi aku still rasa puding karamel sangat complicated . Time aku baca, "hanguskan gula sampai perang and cair". haa?? what the . . bukan kita masak kena elakkan hangus ke?? ni dia suruh hanguskan gula pulak. Apakah?? :O But, after tanya umi, she said,
"kira kena lah letak atas dapur, then kacau sampai lah dia jadi cair. Itu untuk topping karamel. Gula tu lah yang buat jadi sedap and manis". . .Owh, okayy!! hee. Aku yang tak paham bahasa masak2 nie. hehe


Ini lah yang kena hanguskan gula tu. haha. :P

So, after tanya dari umi and umi guide sikit2. It's simple lahh nak buat karamel. haha.

Jadi, kawanII, Ini lah hasilnya! Yeayy!




Next is Tembikai laici de'coco.

Err, sebenarnya, yang ni macan entah pape je. Aku main masukkan je ape yang aku nak. Sebab time aku pergi bazar, macam2 jenis air, yang sampai aku tak pernah dengar pon ade. Mereka pon, aku rase try and error, masukkan ape yang sesuai. Jadi, aku pon berlagak macam saintis hebat, main buat je. But, at the end, jadi okayy air tue! Sedap lagi. haha. And. and. Habis, sampai kering jag tu. Orang berebut-rebut okay. Ehem. Famous air I.  haha.
Senang je buat dia. . buat air tembikai macam biasa, tambah laici, tambah nata de coco. Done! Haha. Tapi, kena pandai adjust lah brpe banyak sukatan nak.

 And. ehemII. Nak bagi tahu nie, aku lah yang cipta nama dia. "Tembikai Laici De'Coco". Sedap kan? Sedap kan? Haha. Yang ni takde gambar. Cause, time tu dah kelam kabut nak berbuka puasa. Tak sempat nak snap. Lgpun, bila nak snap, tahu2, dah habis air tue. Sedap kan. Tu yang laku tu. Hahaha. :P

Third, Banana Slip.

Yang ni, effect novel punya pasal. Aku tak ingat novel ape. But, kalau kita baca time puasa, then dia cakap dia buat banana slip for her husband, wahh. wahh. Harus lah aku terliur kan?? Memang terbayang je banana slip tue. Mesti marvellous gila.
Then, oleh kerana sungguh tak tahan nak makan jugak banana slip. Aku cakap jugak kat umi.
"Umi, umi, panas macam ni, makan banana slip time berbuka mesti sedap giler kan? kan?" Umi pandang aku lama gila. . cara pandang tu macam nak dapat. hee. But, "Alaahh , jauh lah nak pergi ioi. Pergi je beli barang kat tesco, pastu buat. Tue, ambik duit." Alaaa. . Punah harapan. :(

But, sebab dah kempunan sangat, aku beli jugak barang kat tesco. Aiskrim, pisang, chocolate syrup. Chocolate rice, pakai umi punya. Ini pon sangat2 lah simple. Belah pisang kepada dua bahagian, letak kat tepi mangkuk. Tengah tue, letak aiskrim. Last sekali, letak chocolate syrup and chocolate rice. Done! Hehe.

But, tak lah sehebat macam kenny rogers buat. tapi, tapi, still boleh makan okayy! Nyam. Nyam lagi. hehe.


Hee. Supposedly, mcm ni lahh banana slip yang aku bayangkan.
 Tapi, ape yang aku buat, still not bad okayy! hee. Tak dpat nak masukkan pic banana slip versi aku, tak sempat snap. *-*


Last, Coctail soda.

Hee. yang ni aku baru buat tadi. Best tahu! And very the sedap yang tiada tandingan punya lahh. Haha. Selalunya aku mkan cocktail, it's just biasa. Cocktail susu yang ade buah. That's it. But semalam, time aku beli cocktail kat johor, ade rase soda, gas macam tu. Wahh! Wahh! Ini sudah sedap. Terus aku cakap, "Umi, balik rumah, akak nak buat macam ni." So, here the result! Sedap giler weyy! Haha. :P

Yang ni, dengan confident nya aku nak beritahu, sangat senang buat dia okayy! Hehe. Berlagak kan?? Tapi, ini lahh yang paling senang aku tahu buat. Harus lah aku bergembira. haha. So, buat dia, masukkan susu cair 1 tin, air kosong 1 tin, air soda 1 tin, cocktail 1 tin. Oleh sebab aku nak variety rasa, aku tambah laici 1 tin (Just ambil buah je), nata de coco (pon ambil buah dia je). Then, siap!! Hehe. Ini lah hasilnya ya TuanII dan PuanII. :D



But kesimpulannya, still sangat2 susah nak masak. Sangat respect pada orang yang pandai masak. Aku entah zaman bila baru pandai masak. :(

Err. . to my Enchik Future Husband, sila sabar ya! Saya tengah berusaha ni. In shaa allah dengan 4 resipi ni, confirm awak tak kebulur dah. haha. :P