Wednesday, December 14, 2011

Aku melangkah setapak lagi . .

Tiba2 rasa nak tulis. Just tiba2 teringat video klip Kaer af2, bila girl tu masukkan semua barang dalam kotak, biarkan belayar kat dalam laut. Dulu, dalam hati cakap, 'ape la bodoh sgt dia buat mcm tu? simpan sudah brg2 tu . . mahal kott!'
Tapi, setelah bertahun2, aku pula yg jadi orang bodoh tu. Tapi, tidak ada la jiwang sangat sampai nak layarkan kat laut kuala perlis. Just, simpan kat dalam kotak. Susah nak kita lupakan org yg kita sayang.Tapi, percaya la, jika ade org yang boleh beritahu cara untuk kita lupakan or yg kita syg, aku la org pertama yg beratur untuk tahu jawapannya! ~ N kalau readers tahu, sila bagi jawapan pd ak secepat yg mungkin! haha ~
Semalam kawan aku buat statement kontroversi~
"ak tak suka perempuan yg kalau da clash, still mengharap pd lelaki tu." Dan aku, hanya mampu tersenyum pahit. Sebab dulu pun aku cakap macam tu juga. Tak berkenan aku girl2 yg dah putus cinta jadi macam org nak mati je. Tapi, padan muka dengan aku sekarang. Aku da jadi mcm girl2 yg putus cinta tu. haha
Memang, tidak patut mengharap pada hubungan yg dah musnah. Tapi, macam mana aku tak mengharap pada  si dia yang:
Time aku bangun pagi, dia bagi kata2 semangat untuk aku teruskan perjalanan hidup aku,
Time aku mengantuk kat kelas, dia yg layan mesej2 aku, Jangan bagi aku tidur kat kelas.
Time aku nak ngade2, dia yang layan tanpa jemu,
Time aku marah, geram, dia yg jadi tempat aku lepaskan kemarahan aku.
Si dia yang menjadi tempat sandaran kalau aku menangis,
Si dia yg sentiasa ada kalau aku betul perlukan bantuan,
Si dia yg mampu terima aku seadanya, yg byk buruk dari baiknya,
Si dia yang mampu jadi segala2 nya,
Kawan yang memahami,
Abang yang sentiasa melindungi dan
Kekasih yang sentiasa menyayangi. .
Si dia yg sentiasa menurut kemahuan aku.
Si dia yg buat aku yakin aku tak pernah keseorangan,
Dan si dia yg sudah menjadi sebahagian dari hidup aku.

Sakit rasanya. Orang yg tak pernah rasa, jgn sesekali nak rasa. Dengan sekarang yang berlambak dgn test, kuiz, assignment, projek, presentation. . Betul2 mencabar kewibawaan aku.

Kata2 terakhir buat awak, saya tak tahu awak baca atau tak. Tapi, sy still nak beritahu juga,
Terima kasih sbb pernah hadir dalam hidup sy. Mula2, sy tanya pd diri sy, family sy, kwn2 sy, kenapa jadi macam ni sekali dalam hubungan kita. Dan sekarang sy dah dapat jawapan dia.
Mungkin sy da terlalu bahagia bila hidup di samping awak, terlalu menyayangi awak lebih daripda sy mencintai pencipta saya. Jadi, Allah tarik awak dari hidup saya, supaya sy lebih mengingati-Nya, lebih menyayangi-Nya dari segala2 yg ada kat muka bumi ini.
Saya tak pernah rasa sepedih ni. tapi, sy harap masa akan mengubati segalanya.
Saya tahu awak dah move on dalam hidup awak. Saya harap, sy pun mampu move on macam yg awak buat sekarang.

Akhir sekali, to all my friends especially XPRNZA fwen, doakan aku supaya terus kuat untuk menempuhi hidup ni. Hope aku tak akan tersungkur di tengah jalan. Sekian, wassalam~

Saturday, August 6, 2011

Kerja, ,

Hari ni, setelah lama tak update blog. tangan tiba2 rasa mcm ringan je nak tulis sesuatu. Dan, memandangkan cuti semester yg dah nak habis, kerja aku pun tinggal lagi sebulan je sebelum tutup buku. Aku nak bercerita ttg kerja aku yg superb interesting. Korang rugi sbb tak kerja mcm aku. Muahahahahaha :P

Thanx kpd ayah sbb bagi aku peluang kerja ni. ( Tapi, sebenarnye mmg ayah berat hati nak bagi kerja ni, takut bankrap bisnes dia aku buat. HAHA). Oppss, lupa pulak nak ckp aku kerja ape. Aku uruskan bisnes online. Best gila kerja ni kot. Mcm2 aku belajar. Waktu ni la aku belajar apa itu pos laju, skynet, no. tracking. Dan percaya atau tidak. Aku lagi byk bukak laman web pos laju dari facebook sendiri. Hehe. Tapi, ni waktu awal2 aku kerja la. . skema semacam je.

Kerja aku senang je. Bangun2 pagi. call pos laju. Mcm kat dlm gambar ni,



Aku: Hello, dari syarikat  . . .
Pos laju: Ok, nak kutip parcel ke document?
Aku: Parcel.
Pos laju: Ok, panggilan ke 68. ( mmg kalau panggilan dari aku lambat sikit. Yelarh, org  kerja start pukul 8 pagi, aku start pukul 12 tengah hari. Haha)

Korang jgn salah faham pula. Kerja aku mmg la start pukul 12 tengah hari. Tapi, Habis sampai pukul 12 mlm.
Tapi. sekarang berurusan dgn pos laju bukan sesenang perbualan ak dgn pos laju yg kat atas ni. Pos laju dah pakai hotline pick up no. Jadi, lagi panjang la perbualan aku dgn dorang. Leceh pun ade juga. Sampai minta no. akaun syarikat ayah aku, baca balik alamat kami, no. telefon, tanya pukul berapa nak ambil. Kemudian, pos laju akan beri no. rujukan kalau customer kita tak dpt brg.Kadang2, boring gak. Sebab, setiap hari ulan ayat yg sama. Tapi, nak buat mcm mana. Dah protokol mereka kan? Kita ikut je la.

Berbeza dgn skynet, kita tak payah nak call semua. Mmg dia akan datang kat depan rumah kita. Tahu2, dah tin kat depan rumah nak ambil barang skynet. Tapi, kalau korang nak call skynet HQ, sgt la azab. Asyik busy je memanjang. Sebab tu, kalau boleh, aku mmg mengelak nak call skynet HQ ni. Just kalau borang skynet dah habis, baru la aku akan call mereka ni walaupun kadang2 sampai ambil masa 3 hari.

Ok, kemudian sambung balik dgn kerja aku. Lepas call pos laju. Aku akan keluarkan borang2 pos laju dgn skynet. Tulis semua tempahan dari customer sama ade sms ataupun email dari yg ayah aku bagi. Kalau org yg tak suka menulis, buat kerja ni sgt la boring. Kdg2. aku pun rasa mcm tu juga. Tapi, kebanyakan nye aku mcm excited pun ade juga, sbb mcm2 alamat aku tahu. Sampai alamat KLCC pun ade. Tingkat 44 tu. Korang ade? haha. Dan ade gak nama2 yg pelik,  ade nama dia petrus. Macam patronus. Kalau korang baca Harry Potter, mesti korang tahu ape itu patronus. Kdg2 aku pula yg sampai takut nak tulis.takut salah. haha. .


Yang ini contoh borang pos laju dan skynet yg aku kena isi semua maklumat customer.


Selepas tulis alamat yg kdg2 ambil masa sampai 2 jam, ( tu sbb sambil menulis, aku tengok tv. hehe), aku kena pergi rumah sewa pula utk pos brg2 customer. Lepas tu, cek produk ape yg da habis, sms kat ayah aku. Dah siap semua ni, baru la aku boleh balik rumah. Rehat sekejap.


Contoh barang yang sudah di bungkus dan sedia di pos kepada skynet atau pos laju.

Kadang2, aku tak sempat rehat gak. sbb ade customer yg nak ambil secara COD (Cash on delivery), kira mereka yg nak ambil direct, byr cash kat aku terus. Tak payah susah2 nak bank in, nak tunggu aku pos brg. Yg kerja ni, sgt la penat sbb byk kali aku kena ulang alik dari rumah aku kena pergi ke Tesco. Lagi2, bila kena asyik tukar2 kereta. Sampai pening kepala aku. Kdg2, bila mak aku nak pakai kereta innova, aku kena bawa kereta kenari. Bila pekerja ayah aku nak pakai kereta kenari, aku kena tukar innova pula. Dan yg paling best, bila dua2 kereta ni tak ade, aku kena tunggu ayah aku balik untuk pakai kereta perdana dia pulak. Haha.

Uuntuk COD ni, kdg2 sampai malam kerja aku. Ulang alik ke tesco, lagi byk la peluang kau nak makan mcD. Sekarang, secara jujur, aku dah muak dgn KFC mahupun mcD. Setiap hari asyik mkn makanan yg tak berkhasiat ni buat aku muak. Sekarang, bau KFC pun aku dah tak tahan. Karma kot, Hehe. Kalau kat Perlis, selalu merungut mcD tak ade, boring la, ape la. Jadi, bila dah duduk kat Selangor ni, dapat melantak setiap hari, buat aku jadi muak gila. Sampai dah tak boleh masuk makanan tu dlm perut aku.
Sekarang, kalau keluar dating pun, aku dah tak makan benda ni. Makanan Melayu itu yg penting dan sedap.  Huhu.

Akhir sekali, aku akan sms no. tracking customer pd semua pesanan customer yg aku sudah pos. No. tracking ni sgt la penting. Kalau2 brg dorang tak sampai, mereka kena la guna no. tracking ni untuk tuntut brg pd skynet atau pos laju. Yg paling penting sekali, no. tracking ini untuk buktikan yg pesanan customer betul2 dah sampai.

Bisnes online, walaupun sgt la interesting. Cabarannya, setiap hari akan terdedah pd customer yg akan marah2. bising2. Kalau2 brg lambat sampai. Salah hantar brg. Dan kita, sbg seorang pekerja akan terima dgn rela hati. Dgr je la kalau dorang kata nak report pd Persatuan Pengguna. n bla, bla, bla. . . .
Kdg2, yg buat aku sgt2 la panas hati bila dorang marah kalau aku lambat reply mesej dorang, tak angkt fon dorang. Nnt mula la dorang ckp, ni nak berniaga ke tak nak ni?  Kalau tak nak, baik tutup je. Yg ni, mmg aku akan sgt2 angin. Dorang fikir, kerja aku nak menghadap telefon je kot. Tak payah makan, tak payah solat, tak boleh nak pergi kedai. Kdg2, sbb customer yg cpt panas baran ni la yg buat aku terpaksa angkat telefon time drive, walaupun mmg dah salah.  (ni kalau jpj tahu ni, mampus aku. haha)


Ni waktu nak naik flight pergi sabah, semua org tengah happy. Aku pula, sbg pekerja yg berdedikasi, dgn bangga nya, membalas mesej semua customer2 aku. Adik aku pun kesian tengok aku tau. hehe


Tengok, orang lain sibuk bergambar, aku pula kena balas semua mesej customer. Isk3. Kesian nye kat aku ni. . . . .


Sebab semua org dah dapat bergambar, saudara aku pun tolong tangkap gambar aku. Padahal, waktu ni aku tengah jawab panggilan customer ni. . Tapi, last2, sebenarnye bukan dia nak ambil gambar aku. Tapi, nak ambil gambar pemandangan. Sabar je la aku . . .


Selain tu, bila kerja ni, aku belajar ade kaedah drop ship method. Cara ni, ayah aku tak bagi kalau org tahu secara umum. Bak kata ayah aku, rosak bisnes nanti. Jadi, kalau ade peluang, aku akan beritahu satu masa nanti. Tapi, terus terang, kaedah ini la yg buat aku lagi selalu kena hentam dgn customer2 aku. Walaupun sebenarnye, bukan salah aku langsung.

Tapi, untuk semua masalah dan cabaran yg aku hadapi dgn gaji yg ayah aku bagi. mma sgt2 la berbaloi. Jadi, aku tadah je la telinga dengar mereka2 ni bising. Lagipun, mmg ayah aku tak boleh nafikan aku mmg pekerja terbaik dia. Bagi byk untung pd dia sbb aku ni rajin balas sms. Suka bercerita dgn org. Hehe. TaPi, kadang2, kena marah gak dgn ayah sebab rajin melayan dorang. Tak pasal2, kena kacau dgn org yang nak berkenalan, yg gila seks dan macam2 lagi.

Akhir kata, ni la bagi aku kerja yg sangat2 interesting. Banyak pengalaman aku dapat. Aku nasihatkan, kalau korang nak uji kesabaran korang, korang boleh try business online ni. Sekian dari aku buat masa ni. Enjoy! :)

Saturday, May 14, 2011

Member2 ESPIRANZA .

Hari ini, 15.4.2011, 2.15 a.m.
Sangat bahagia. hehe. Da jumpa blog espiranza. Rasa2 da hampir setahun jugak la tak bukak blog tu.
Setelah seminggu bertungkus lumus cari, akhirnya jumpa juga blog Espiranza yg sgt2 di rindui.
Rindu sgt nk jumpa korang semua. Mesti semua da matang, ade yg nk kahwin, ade yg nk jadi cikgu, doktor . .dan macam2 lagi la.
Tapi, sorry korang semua. Aku mengaku, aku antara orang yang susah juga la nak di contact. Nak kata busy, tak jugak. Tapi tak tau kenapa la aku ni sangat la malas nk b'mesej2. Lepas ni, rasanya nak berubah. Nak contact balik dgn korang semua. Just nak beritahu, aku da kutip semua no. tepon budak espiranza. Tenkiu mazs. Ahaks :)
Sayang sangat pada persahabatan ini. Harap ia akan kekal buat selama2 nya. Untuk budak espiranza sekalian, jgn segan silu untuk memberitahu perkembangan korang pada aku. Tak sabar nk tau.
Buat masa sekarang ini, just taw ttg nini.

Ijat da risik Nini. Waaaaaaa . . . kawan aku nk kawin. Au rasa nk nangis. Aku nk kahwin gak, tapi lambat lagi laaa . :)
Shirot pon da ade pakwe yg sgt la cute. Mazs? Adu, lupa nk tanya psl ngn syeikh. Tataw still lagi atau tidak. Hehe . Kgkwn aku da pandai jiwang2 karat.

Update information yg aku tau pasal kawan2 yg tersayang aku nie:
Faramiera: Baru habis matrik PPT.  Sekarang dgn Zaim Azfar. :)
Cikin: Tengah belajar di Mesir.
Nini: Bersama meneruskan perjuangan di Mesir bersama cikin. N ingin membina masa depan bersama Ijat.   How sweet. :)
Shirot: Tengah study kat Terengganu. Cakap pon da macam org terengganu sikit. Pun da b'punya. huhu
Salnur: Study kat Uitm bersama Izzan Fariha. ( rindu gak kat makcik Izzan :)
Asmaa: Study kat UIA.\
Ida: Aku tak tau :(
Mazs : Study kat Sabak Bernam. Antara yg s'tiasa rajin contact kgkwn dy . huhu
Balqis Study kat Bangi.
Bha: Study kat Mesir. Bakal Doktor . Dr. Biha. :)
Fairuz: Aku tak tau :(
Paah: Bakal jadi cikgu. :)

Tu je yg aku tau pasal kawan2 aku. Teruk taa? urm. . .Untuk member ESPIRANZA, harap kita akan sentiasa keep in touch, ok?

Sunday, May 8, 2011

Buat umi yang tercinta .

Umi . .
Selamat hari ibu ! Sayang sangat kat umi .
Dulu , waktu kecil2 , bila umi marah2 , selalu ingat umi tak sayang . haha . Selalu fikir da tade org yg syg . Bila umi selalu sebelahkan adik2 . Rasa jelez sangat . Rasa mcm umi da tak sayang . Umi sayang kat adik2 je . .
Tapi sekarang ,
Lain sanagat . Mungkin dah semakin matang . Da taw kenapa umi buat macam ni . Hakikatnya , umi adalah yang terbaik yang pernah akak jumpa . Tiada yang lain .
Umi .
Orang yang akan sentiasa menyayangi anak dia walau buruk mcm mne pown perangai anaknye .
Bila dah rasa tiada orang lain yang boleh di harapkan . tapi bila buka mata ,
Umi sentiasa ada di situ untuk menyokong . Melawan apa saja yang menyakitkan anak dia .
( Umi buktikan masa di matrik . Umi tetap sokong akak . Walau pape own yg terjadi. )
Tataw nk ckp mcm mne .
Sejak tuw , akak da janji pada diri akak . Akak pastikan tiada sape yang boleh menyakitkan hati umi .
Akak akan melindungi umi walau pape own yg terjadi . Tuw adalah janji akak .
Umi baik sangat . Baik sangat . Tataw nk ckp mcm mne . Dengan umi , akak da b' hutang budi . Hutang nyawa seumur idop akak . Dan walau bagi selautan emas pown , tidak akan dapat membalas jasa umi .
Akak sayang sangat kat umi .
Mungkin akak bukan anak yang sangat baik , tapi akak janji , setiap hari akak akan cuba berusaha untuk menjadi anak yang baik . :)


Luv you mom ! Happy Mothers day ! ! Umi adalah ibu yang terbaik . Tiada siapa yang dapat ganti tempat umi .

Thursday, February 3, 2011

Aku . Mesir . Islam .

Salam .
1st . Aku memang malas nak post tentang konflik kat Mesir ni . Tu pun sebab dah banyak link pasal konflik kat Mesir . Akan tetapi , bila aku baca satu blog ni , sangat serius . tangan aku ni macam gatal je nak menulis . Perasaan aku berbaur2 . Sakit hati .  Terkejut . Terpana .  Malu . Dan aku sangat menyesal baca blog dia .
Ya allah , kotor sangat  ke politik kat Malaysia ni ? Tajuk entri ,

Krisis Di Mesir: Utamakan Bawa Pulang Yang Sokong Umno Terlebih Dahulu


Mana pergi semangat Malaysia ? Atau kalau tiada semangat Malaysia sekali pun , mana pergi semangat Islam kau ? Ya Allah . 
Ini baru seorang , jadi jangan tanya kenapa negara orang islam berperang . Sebab benda macam ni lah . Semangat persaudaraan tu sudah hilang . Tiada semangat untuk melindungi bumi Allah ni . Dan tiada semangat untuk melindungi ' islam ' itu .


2nd . Aku memang malas nak marah pasal pemimpin bukan Islam ni . Sebab dia tidak tahu apa islam tu . Tapi , yang aku sangat terkilan , mereka2 , pemimpin orang islam . Tidak kira lah . Melayu ke , orang indon ke , orang arab ke , asalkan dia adalah orang Islam . Tidak takut ke mereka apabila menjadi seorang pemimpin yang tidak adil . Maksud aku , pemimpin yang tidak meletakkan sesuatu di tempatnya . Mereka tidak tahu ke , apabila mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka , malang bagi mereka kerana dosa yang mereka tanggung tu sangat berat .
Sudah lah dosa diri sendiri tak tertanggung , ni nak tanggung pula dosa orang bawahan . Wah , berani gila .
Susah ke untuk buat sesuatu yang betul ? Penting sangat ke kuasa dan kemewahan tu ? Bukan tu lagi akan membuat orang semakin tidak bahagia ke ?  Kerana banyak tekanan yang terpaksa di hadapi .
Tapi , aku tidak lah cakap semua pemimpin tu teruk , gila kuasa . 
Bagi mereka yang betul2 ikhlas untuk memimpin , nak maju kan orang2 dia . Aku sangat kagum . Ini baru lah pemimpin sejati . Tapi , betul ke ada lagi pemimpin yang ikhlas ni ? Kalau ada pun , berapa kerat je .
Apabila lahirnya pemimpin yang betul2 ikhlas untuk memimpin , bukan untuk mengejar kuasa dan kemewahan , maka akan lahir lah sebuah tamadun yang sangat maju . Macam empayar islam dulu . Teringin sangat nak kembali ke zaman itu .
Islam yang di geruni , di hormati , dan di segani .
Akhir kata , semua perkara yang kita buat itu adalah berdasarkan niat . Sekian .

Saturday, January 29, 2011

C.I.N.T.A

Hari ini , aku ade bce blog kwn ak , kwn sek men ak , SHIROT , http://atynshirot.blogspot.com/ ,
Dy ade mention about C.I.N.T.A , stands for
C - Cinta 
I - Itu
N- Nikmati
T - Tubuh 
A - Anda

Agak melampau statement tuw , tpy , dy bwat ak fikir ttg sesuatu coz ny larh 1st tyme ak t'bce ttg statement cinta tuw . Ttg cinta remaja . Kita selalu t'tye , cnta remaja o cnta monyet ny , akn hingga ke jinjang pelamin atau pown , cinta itu akan b'kekalan wlau pown pelbagai badai yg akn dtg melanda . Ny ade larh 1 persoalan . Btol ke , cnta tuw hye ntok sang arjuna menikmati tubuh kita ? Tyme b'cnta , da mntak mcm2 . Nk pegang tgn , nk plok , nk cium2 . Lalu , gurl ny akn tye , law taa bgy , mcm mne ? Nnt mle larh sang arjuna b'kte . " U tak syg kat i ke ? I pegang tgn hye cbb i wndu kat u . Nk tunjuk ksih syg i y sbnr pd u , bkn cbb nfsu pown . " Ny adlh jwpn standard . N nnt klau taa bgy , dy akn ckp . " U da tak percaya kat i ke ? tak percaya pada kasih syg yg i tunjuk selama ny ? "
Jwpn standard . So , gurl ny pown , kne larh bgy ape yg d pinta oleh si arjuna ny . 

Kes ke-2 , ak terbaca 1 entry oleh seorang blogger , not my friend . But of course , dy saudara se-islamku , huhu . Jgn mara ea . http://rotikaya.com/ .
Ttg sebuah cinta sejati . Seorang guy , Chris Medina ,  yg pergi auditon american idol 10 . Tujuannya hye 1 , ntok wujudkan sesuatu yg membanggakan pd tunang dy . Mereka telah bertunang selama 2 tahun . Namun , takdir seseorang tak dapat kita duga . Tunang dy terlibat dlm kmlgn tyme perjalanan pulang dry tmpt kerja .
Kesannya , tunang dy skrg lumpuh dan mengalami kerosakan otak yg teruk . Tpy , Chris Medina , that guy tuw , langsung tak tgglkn tunang dy . malah dy jge tunang dy tnpa rse jemu . Wlaupown tunang dy tak normal spt dlu .
Serius ak ckp , tunang dy pd 1 ketika dlu . Sgt2 cntik . No wonder larh dy akn t'pkikat . tpy , even skrg ny , gurl tuw da sakit , taa cntik spt dlu . Chris masih setia . Haa . ny bwu btol nme dy cnta sejati . Setia bersama walaupown badai yg melanda . Ny video nye .

Cinta Sejati oleh Chris Medina


Chris Medina : What kind of guy would I be if I walked out when she needs me the most .

2 situasi . Mne yg terbaik ? Kalau tye pd ak , cinta mne yg terbaik . Cinta yg di redhai allah . Cinta tuw adlh cnta yg terbaik . Mcm mne ? Ak pown tataw . Mcm dlm cerita ayat2 cnta tu ke ? Ntah . Aku pown tataw . Bgy korang semua , cinta islamik tue , mcm mne ?
Serius . Cnta skrg , ssh nk jmpa yg btol2 berlandaskan islam yg sebenar . Dan aku juga mengaku , aku juga kdg2 t'alpa . Hubungan cinta aku bukan berlandaskan islam yg sebenar . Tpy , di saat aku menaip kat ' new post ' ny , aku berjanji , aku akn cbe buang ape yg brok daan bawa hubungan ' cinta ' tuw pd jln yg di redhai Allah . InsyaAllah . Kgkwn , korg doa larh yg terbaik ntok ak ea . =)

Lastly , Sekadar renungan kita bersama , Cinta kepada manusia tidak pernah kekal . Tetapi cinta kepada Allah adalah kekal abadi .

Sekian , terima kasih .

Monday, January 24, 2011

ISLAM itu indah .

Akhirnya , . . . abiz gak aku baca sebuah novel . Juz nk kongsi dgn korang , ape yg aku dapat setelah bce novel nie . Yg aku dapat ckp , novel ny , bukan novel biasa . Novel ini lebih baik drpd novel ' Ayat-ayat cinta ' . Dan yg paling membanggakan , novel ni , penulisnya adalah orang Malaysia , bangsa melayu , beragama islam dan ex-student UiTM Arau , Perlis . Mmg , novel ini bukan novel cinta . Mcm ' Andai itu takdirnya ' , ' Ombak Rindu ' , ataupun  ' Aa+Bb ' . Novel ny genre islamik sedikit . lgsg tade bab2 cintan ny . . apatah agy part y romantik . Tpy , ntok org yg sudah remaja , sedang mencari ape itu islam . Keistimewaan islam . Keindahan islam . . . Bce larh buku nie .

' Syahadah Gadis Ateis '




Urm . . mle2 . 1st tyme aku nmpk buku nie kat library , mmg tertarik sgt nk beli . Aku sgt suka bila bab2 berdebat ttg islam dan agama2 lain . So , aku beli larh buku ny dgn harga RM16 . Lepas tu , bila fikir 2 , 3 kali , rasa macam membazir pulak aku beli buku ny . Tpy , tpea larh . . blom bce agy . So , taley nk judge lagi psl bku ny . 
Then , bila aku baca buku ny . Mmg aku tak sangka buku ni best . Lain sangat . Mungkin bila korang baca , korang akan taw ape yg aku maksud kan . Banyak isu yg di paparkan . . dan aku mengaku , soalan2 yang di tanya oleh gadis atheis ny . Pernah terlintas kat dlm hati aku . Just , perbezaan antara aku dan dy , iman aku masih kuat . Even byk gler ttg islam yg pernah aku persoalkan . 


Antara isu2 yg di paparkan kat dlm buku ni , dan aku sgt puas hati dgn hujahan penulis ny .

1) Islam agama yg adil . Tetapi , kalau islam tu agama yg adil . kenapa orang lelaki boleh kahwin 4 ,   perempuan tak boleh ?

A: Sebenarnya , konsep adil kita lebih kepada konsep adil pemikiran barat . Means , kalau someone tu bwat somthing atau dpt something . kita pown bole bwat , dan kita pown akn dpt jgak . Contohnya , dalam adik beradik , si abang dpt baju biru , si kakak tuw pown kne dpt bju biru . Law tu larh yg kte fikir selama ini , mknanya law si abang tuw kena angkat almari yg berat . Mknanya , si kakak tu pown kne larh agkt almari yg berat ? Mcm tu ke ?
Sebaliknya , konsep adil dalam islam , meletakkan sesuatu pd tempatnya .
Maksudnya , ikut kemampuan yang dapat di capai oleh seseorang . Kitayambil balik contoh tdy , si abang dpt baju biru . Tidak semestinya si kakak tu pon kne dpt bju wrna biru jgak . Memadai larh kalau Si pembeli tu membeli kedua-dua baju dengan harga yg sama tetapi mengikut cita rasa si kakak dan abang tuw . Mungkin si kakak tu lebih menyukai wrna pink . Kita mne taw an ?

Selanjutnya , sila baca buku ny . Byk agy isu yg di paparkan .

* Sorry , tulisan mix . Hrp semua readers bole phm . =)


Sunday, January 16, 2011

Salam perkenalan :)

Hye , nme sy FYZA . N juz call me fyza . :)
wlau own da taw lme kewujudan ' blog ' ny . . tpy diz is 1st tyme sy bwat blog ny . . 
Alasan : Boring ! kn skrg ny awal sem . . jdy tade larh kje . Tuw y tgn ny gatal semacam jewp . huhu
Akhir kte , 
                  Buah cempedak di lur pagar,
                  Ambil galah tolong tunjukkan,
                  Saya budak baru belajar,
                  Kalau salah tolong tunjukkan .
Sekian .