Tuesday, May 13, 2014

The truth!- Umi

Heyy! Hehe. ASSALAMUALAIKUM. 

Nampak tak betapa rajinnya aku mengupdate blog? Haha. Kalau tak, dalam sebulan sekali pon mimpi la aku nak mengupdate. Kenapa?? Haa!! Nanti2 aku beritahu reason dia. Hehe.

So, untuk kali ni, aku nak cerita benda lain. Since sekarang mood2 org celebrate hari ibu, aku nak cerita the truth one tentang umi aku. Seriously! Sebenarnya, dari dulu memang aku rasa mak aku ni macam different sikit. Bukan macam typical Malay yang selalu kita tengok dekat drama melayu. Dulu macam aku rasa pelik laa..takut..sebab lain je..but, aku dah lama2, dah terbiasa and aku bahagia with this way. Haha.

  •      Tak pernah sebut kata-kata sayang

Hehe. Yang ni..sumpah lawak! Selalu kan dalam drama kan hampir semua ibu selalu sebut ibu sayang anak2 ibu. Tak boleh hidup tanpa anak2 ibu laa..ape laa..Tapi!
Kalau umi aku…hehe. Memang tak la. Seingat aku, umi either directly/indirectly memang tak pernah pon ucap dia sayang anak2 dia. Hehe. But, seriously, aku memang tak kisah langsung. Kalau umi berjiwang, mampos aku! mesti aku rasa awkward gila! Haha.

  •      Umi yang sentiasa nak melawa dan lebih dari anak dia

Haha. Ini pulak, kan selalu kita tengok mak2 kat tv, tak suka melawa, sanggup tak beli apa2 untuk diri dia..yang penting anak dia dapat semua, muka yang macam cengkung, di mamah usia and macam2 la yang boleh buat kita sedih.
But, mak aku kan..haha. Percayalah! memang sangat kuat melawa. Kalau bab ubat kurus, cakap la..produk ape dia tak pernah pakai, semua dia pernah pakai. Pencuci muka..sebut je apa, semua dia tahu. Make up? Fuhh..Kalah artis weyy! Haha. kalau bab beli baju raya lagi laa! Dia beli dulu baju dia yang penting. Senang nak pilih colour katanya..hehe. And mesti baju dia paling banyak dari semua orang. Entah kurun bila nak pakai..aku tak tahu. Selalu memang kena bising dengan aku, tapi percayalah! Dia dah prepare dah alasan awal2!

  •       Umi yang sentiasa menunjuk betapa dia sayang anak lelaki dia-Iwan.

Yang ni, aku tak tahu laa..aku nak sedih ke..terasa ke..or nak gelak. Sebab selalu umi memang kena bahan dengan aku. Aku siap dah panggil Iwan-adik aku tu “pewaris” tahu takk! Sebab memang ketara gila la mak aku sayang gila kat dia!
Contoh paling dekat, baru2 ni, kami ade berkumpul kat Melaka, semua 1 family besar dah sibuk start makan2. Umi still kat dapur. Lepas tu, selang beberapa ketika, tiba2 mak aku datang sebelah aku bawak 2 cawan. Terus ambil air then terusssss…….pergi hantar kat pewaris dia yang ada kat hujung sana tu and kat ayah. Ayah tu aku memang tak kisah laa..tapi yang Iwan tu. Sumpah! Dia dah besar okay. Dah 21 tahun dahh. Aku rasa. Dia mampu kott nak ambik air dia sendiri! Yang aku ni…boleh pulak dia buat2 tak nampak je. Hadoiii!!
Lagi 1, kalau kitorang tanya, antara ayah dengan Iwan, mana yang dia lagi sayang, nanti selamba je dia cakap dia sayang kat Iwan lebih! Ayah aku pon serius! Memang bahan je mak aku pasal benda ni. Hehe.

  •      Umi yang kuat melawan

Kan selalu kat drama, selalu tunjuk ibu atau emak yang selalu kena aniaya, di buli…apa2 la yang part sedih. Tapi, yang ni..mak aku memang style gila! Berani la korang nak carik pasal dengan dia…10x dia balas balik! Tak pun…10 keturunan dia ingat apa yang korang buat kat dia. Sometimes, kalau mak aku gaduh dengan orang taman ke sape2 ke carik pasal, aku bukan kesian kat umi, tapi kesian kat orang tu. Mak aku ni..kalau dia baik…baik bonar…tapi, kalau dah sampai tahap marah dia, haa! Waalaikumussalam la korang! Mimpi laa dia nak datang terhegeh2 kat korang.


Hehe. Memang nampak macam lain macam sikit mak aku. Tapi, at the end she still the best.

  • Umi yang tak pernah lokek dengan anak dia

Compare dengan ayah aku, memang umi aku sangat2 tak berkira pasal duit. Korang mintak la ape saje.. inshaa allah dapat. Even dulu, aku mintak buat lasik pon, selamba je dia bagi. Sebab tu, walaupun Nampak agak ketara kasih sayang dia antara Iwan dengan yang lain, but, seriously, tak kira la aku ke, Iwan ke…or siapa2 pon, mintak la ape sahaja…selamba je dia bagi.

  • Umi yang sangat berjiwa muda

Hehe. Yang ni, aku tak tahu laa nak kata apa. Aku beli Walkman, dia pon nak jugak pakai Walkman. Aku beli cardigan, dia pon nak pakai cardigan. Aku decorate bilik aku macam ni, dia ponn..nak jugak susun macam tu! Aku temgok wayang, dia pon nak tengok wayang. Haha. Kira macam2 la. Jiwa muda sangat mak aku ni. Poning haa aku kadang2. Haha.

  • Umi yang sangat open minded

Umi aku jenis…dia akan cerita semua. And kalau nak cerita dengan dia ponn..dia tak kisah. Dia denga semua cerita. Sebab tu selamba je aku cerita pasal kawan2 aku. Err…pasal lelaki. And everything laa. Maybe dia ade suke, ade tak suke, but inshaa allah dia tak pernah refuse nak mendengar cerita2 anak dia walau buruk macam mana sekali pon.

  • Umi yang over- protected anak dia.

Seriously, mak aku kalau nak kutuk anak2 dia..selamba je dia kutuk depan orang ramai. Sampai kadang2 aku pon naik malu. Tapi! Berani la korang yang kat luar nak kutuk anak2 dia..haa! Yang tu memang kena siku laa.
Contoh. Nenek aku ni jenis suka kutuk kitorang taw. Hampir semua yang kitorang buat macam tak berapa betul kat mata dia. And yang buat mak aku makan hati sikit…sebab kalau cucu2 dia yang lain, sikit pon tak berani dia nak kutuk depan mak2 dia. Tapi, kalau umi, tak kira la aku ke, iwan ke, jima ke, jaja ke, isha ke, selamba je depan umi dia kutuk. And serius! Umi aku sangat2 terasa dengan benda tu. Walaupun. Memang anak2 dia semua memang kaki bangun lewat.  Haha.
Tapi, nak buat macam mana kan? Itu nenek. Nama pon nenek. Dah tua. Apa sangat la mulut dia tu. Walaupun, kadang2 rasa macam nak melawan je, tapi kita diamkan je la. Dah tua tu.

Dear Umi, sabar ya! Haha. Nak buat macam mana, memang akak tak suka masak, tak pandai masak, tak reti bangun awal, iwan tak pandai bergaul dengan orang, jaja tak reti bangun awal and semua anak umi..memang tak berapa sangat ade ciri2 anak dara terakhir.At least, dia peduli tentang kita. 

But, at the end. She still the best. Nampak macam ade kurang here and there. But, dah sangat perfect kat mata aku. Thanks Allah bcoz sending me a very, very, very the best mom. And lastly, Happy Mother's Day, Umi! I love you so much!! Forgive me, untuk all my mistakes and please...pray the best for me. Sebab Allah dah janji, doa ibu pasti di makbulkan. Jadi, Doakan akak ya! Always taw!Bye-II.


The beautiful Ummi in the World! Madam Rosanita bt Mohd Jaafar. Phewww.


































Thursday, May 8, 2014

SELEPAS LASIK- PART III


Ini adalah sambungan after aku buat LASIK.

Percaya atau tidak, after aku buat operation, aku ‘terlupa’ untuk menikmati nikmat yang aku dapat daripada Allah kerana aku sibuk fikirkan kesan sakit aku after operation ni.

Sampai je aku kat rumah, tuhan je tahu betapa pedihnya mata aku. Aku macam tak nak buka mata aku langsung. So, aku tidur lepas solat zohor sampai lah petang. Time tu, memang ade rasa lega sikit but still aku kena continuously letak ubat titik. Aku rasa kering je mata aku. And yang paling lawak sekali, sebab aku rasa pedih sangat, aku pkai spect hitam ke hulur ke hilir dalam rumah. Haha. Sampai tengok tv pon. .aku pakai spect. Time tue, dah macam buang tebiat je aku tengok. Haha.

But, esok hari tu, Alhamdulillah, mata aku okay. No problem! But, ade masalah lain la pulak. Aku kena cherry berry+muntah2! Untuk 1 MINGGU!! Gila betul la! Lembik bonarr haa badan aku ni. . aku rase. Dah la time tu still ade mood raya. Kena pergi raya sana sini. Mak aku boleh la pulak paksa2 aku pergi raya. And time tue pon macam geng2 ESPIRANZA buat konvoi raya. Time tu kau sua kan la ape saje. .aku tengok sepi je. Aku rase, time tu aku makan untuk alas perut saja.


Ini laa bukti aku kena paksa kena jugak pergi raya walaupon. .kena cherry berry+muntah2. :(
Yeahh. .time ni. .aku rase macam pelik gila muka aku bila dah lama tak pakai spect!! :(



But, still Allah tu maha kaya. Dia beri aku sakit, tapi at the same time, dia bagi ape yang aku nak sangat. TURUN BERAT BADAN!! Haha. Aku turun 4kg u'olls!! Excited giler aku. Hahahaha.


TAPI. TAPI. TAPI.

Relax laa. .hee. Korang jangan la takut bagi sesiapa yang ade niat nak buat LASIK ni. Benda ni seminggu je la. .so korang tak payah takut ponn! Hehehehe.

Aku ade tanya kawan aku, Duraney, kenapa sampai macam ni sekali, sebab pembedahan tu ke. .but, she said, itu mungkin, but mostly sebab ubat penahan sakit yang aku makan before and semasa aku operation!
Owhhhh. .patut lahh! And also. .benda ni depend pada badan masing2 taw! Bukan semua orang akan dapat masalah macam ni. Maybe, badan aku tak kuat mana. .and aku rasa, ni 1st time badan aku terima ubat macam tu. .tu yang maybe dia tak mampu terima.

Seriously, aku ade terfikir, dadah  ape laa ade kat dalam ubat tu. .sampai badan aku boleh jadi lembik macam tu sekali! Kuat tu dose dia!!

Andddd. . . .after 9 months.

Alhamdulillah. Mata aku super duper okay! Hehe. Aku boleh tengok macam orang biasa. Bergerak macam orang biasa. Semua aku jalani dengan normal. :)


Ini antara yang latest laa..bulan 3 kott tak silap aku.
Haa! Sekarang memang slowly aku dah boleh terima muka aku tanpa spect.
Sampai dah lupa aku pernah pakai spect weyy! Huahuahahah.


Haa! But, sometimes. .tapi jarang laa. .mata aku akan rasa kering. Time tu, aku bubuh la ubat mata.  And ubat mata dia. .aku lupa laa nama dia. Ubat mata biasa saja. Tapi, bukan EyeMo taw! Dr. Muhaya tak bagi pakai EyeMo sebab dia banyak bahan pengawet. But, still aku rase sebenarnya, bukan sebab dari operation tu, tapi sebab aku sendiri yang tak pandai jaga mata aku. Aku banyak tengok PC, TV, tak makan benda berkhasiat, and so on.

Nanti, bila kita dah operate mata, korang jangan laa terus rasa berlagak ke. .ape ke. .kira mata korang kebal la! Dah takkan rabun. Silap tu! Mata kita ni macam biasa je, macam orang lain jugak. Kena lah pandai jaga, makan makanan berkhasiat, jangan tengok benda yang bukan2. Okay?

And lagi 1, aku perasan, yang after operate, aku langsung tak suke tempat yang terlalu terang. Aku tak suke lampu yang terlalu banyak. Sebab tu, rumah aku. .1 atau 2 lampu je aku bukak. .bile aku duduk rumah. Umi ayah aku sampai dah bising2. Gelap laa. Tak nampak orang laa. 

Tapi ,serius! Aku sangat tak selesa bila cahaya terlalu terang. Sebab tu, aku jarang duduk shoppig mall lama2. Selalu aku pergi shopping mall, tengok wayang, jalan sikit2, and balik!! Hehe. Tapi, still aku rase ni problem aku. Maybe orang lain, lain la dia punya cara.


So. Kalau tanya aku. .patut tak buat??

Jawapan aku: PATUT LAA!!! HIGHLY RECOMMENDED! Hehe. Mmemang la mahal, but kumpul la duit dari sekarang. Benda ni inshaa allah, sekali seumur hidup je. And dengan izin Allah juga, semuanya selamat. Have faith on Him okay. Jangan takut.


Antara pic2 terakhir aku pakai spect laa. Sampai senget benget haa spect aku!! Hahaha.


And. .ini raya terakhir aku pakai spect. Inshaa allah. .tahun ni dah tak payah pakai spect dahh! :D

Akhir sekali,

 Terima kasih Allah untuk rezeki ni, bagi kemampuan pada family aku untuk aku buat LASIK ni. And terima kasih juga untuk semua nikmat yang Dia berikan. Alhamdulillah.  :D

Sunday, May 4, 2014

LASIK-Part II


Hehe. Untuk kali ni pasal operation LASIK pulak. 
Ini lah masa yang di tunggu2 kott! Serius! Time tu memang aku tak sabar gilo weyhh! Haha.

1st sekali yang korang kena tahu. .after buat medical check up. .sekurang-kurangnya 2 hari selepas tu baru boleh buat LASIK. Kenapa?

Err. .aku macam dah lupa laa! Haha. Nanti korang tanya la doctor ya. Tapi yang seingat aku, dalam masa 2 hari tu. .korang kena makan ubat. Titik ubat. 1st, kena makan ubat tahan sakit. Yang kedua, ubat titik. Tak silap aku, ubat tu untuk besarkan anak mata kita lagi kot. Aku pon lupa laa. Tapi, kena pakai selang 4 jam tak silap.

Then, hari ISNIN!! Masa yang di tunggu-II!! Jeng. Jeng. Jeng. Hahahaha.

Pagi tu memang semangat okay. Kali ni, aku bawak adik aku. Tak nak ulang kesilapan yang sama orang kata. Haha. Nanti lepas operation, biar la dia yang bawak kereta. Bersiap pon macam ala kadar je sebab yang ni korang kena tahu. .memang tak boleh pakai langsung any make-up. Even bedak pon tak boleh! 
Paling penting, minyak wangi tak boleh!! Nanti machine operation tu tak boleh function katanya. Kalau korang degil jugak, memang kena mandi la before operation. Itu okay lagi, buatnya diorang suruh korang balik, lagi kesian.

So, sampai2, aku no.10. haha. Gile ramai pulak aku kena tunggu. Tapi, sebenarnya tak pon. .sebab time aku sampai tu orang ke-5 tengah operate. Memang sangat sekejap okay.



Muke aku time tengah nak tunggu operate. Saat2 akhir pakai spect. Hehe. 
Siap boleh main game kau taw! Haha.

Masa giliran orang ke-7-8 tu tak silap aku, dah kena panggil dengan nurse. .dia suruh kau pakai baju operation, and dia letak lagi ubat titik. And tak lupa jugak, dia bagi spect hitam. Hehe. Iye laa. .utk pakai lepas operation kan?  Time tu memang aku dah start istighfar banyak2 weyy. Takut. Takut.  Haha. Seriously. Operation. Ubat. Doktor. Benda2 ni sangat jarang buat aku. Jadi, memang aku takut giler.

Time giliran yang ke-9, dia dah start panggil suruh duduk kat luar. And boleh pulak la nurse tu suruh aku tengok rakaman operation, and tengok macam mana Dr. Muhaya buat. Lagipun, cermin dia transparent. Memang wajib korang tengok.  Supaya korang bersedia.

*Hadoii. Diorang tak tahu ke aku takut???

Okay. .sebenarnya before operation tu. .orang ade jugak tanya aku. .tak takut ke? Tak takut ke kalau something wrong? AND. .ade lagi sorang terlebih advance. .boleh pulak aliff cakap kat aku macam ni,
 “Kak Long, Kak Long tahu tak LASIK tue dia potong mata Kak Long? Lepas tu dia cantum balikk?? 
Haa. Time tu memang aku rasa nak nangis, tapi still jugak buat2 pekak. Dia siap paksa aku suruh tengok video. Haa. Memang aku lari terus weyy!

Tapi, boleh pulak saat2 akhir nak operate, kena pulak tengok video tue. Ya Allah, tuhan je tahu betapa gementarnya aku. Rasa macam nak balik rumah je. Tapi, Takkan aku nak lari kan? Duit dah bayar.
So, aku masuk lah jugak kan bila giliran tu. Time tu, memang rasa kerdil sangat kita ni. Macam2 boleh jadi. Macam insaf pon ade. Sebab time nie baru la rajin mulut ni nak berzikir pada Allah.

Operation.

Aku baring-Nurse borak2 dengan aku-Buat2 lawak tak jadi-Sebab seingat aku, aku memang tak mampu gelak-Dr. Muhaya masuk-and-OPERATION START.

Untuk pengetahuan korang, operation ni 15 minit je. Tak sakit. Tak rasa apa2. Doktor siap borak2 pasal jodoh lagi dengan aku. Haha.





Yang operation ni, aku try detailkan lagi.

1st, doctor letak penyepit kat mata kau untuk besarkan mata-dia potong sikit anak mata-sebesar contact lense je-and akan ade laser tembak mata kau dalam masa 15 saat. Time tue bau la macam terbakar. Mata kau. .walau ape pon terjadi, kena tengok 1 lampu hijau. Then dia akan tampal balik kanta mata yang terbuka. Itu je la.

Then,  mata kedua pulak with same process.

Haa. Nampak tak lampu hijau tue? Yang tu la yang korang kena pandang. 
Ade video. Adik aku tolong rakamkan. .tapi macam segan nak masuk plak. Henset 3310 tue! Haha.

And Still. Jangan risau. Dr. Muhaya pakar. Dia buat kerja lembut je. Tak rasa sakit pon. Bahasa dia pon lembut. Siap time laser tengah masuk kat mata aku, di baca doa lagi. Doakan aku jadi anak yang baik, dapat jodoh yang baik. And paling penting. .dia cakap aku cantik. Haha. Suka okay!! Dah la doctor, personality tv lagi cakap aku cantik. Memang aku senyum sampai telinga je laa. Haha.  


After LASIK, time nak snap pic dengan Dr. Muhaya, kan ramai yang nak snap pic dengan dia kan? Aku amik laa turn last. Time last sekali, dia kata, siapa selepas ni? Aku pon jalan laa ke arah dia, dia cakap.
"Owh, si cantik ya nak snap pic dengan saya. 
Hahahahaha, Aku gelak je la. Adik aku dah buat muka dah. Ye. Aku paham. Aku paham. Aku pon taktau. .tang mana dia tengok cantik tu. Maybe nak bodek customer je kott. .Takpe. Takpe. Aku redha saja! :D


Itu. .adalah DOKTOR ISLAM, BUKAN DOKTOR MELAYU. Semoga banyak lagi doktor2 Islam yang membanjiri di hospital2 kita ya. Amin.



Ini fresh baru keluar dari operation room. Hehe.


After operation, memang kena pakai spect, sumpah! pedih sangat mata aku. Aku memang tak mampu nak bukak mata besar-besar. Sebab tu, time snap pic dgn Dr. Muhaya, memang kecik je mata aku.

Memang banyak sangat pic walau pakai phone biasa je time tu. Tapi, memang aku sangat tidak sabar untuk balik okay! Cepat la sesi bergambar ni habis. Perasaan aku?

Aku tak rasa apa2. Sebab time tu sumpah pedih mata aku!





Kan aku bawak adik aku. Konon-konon untuk dia drive la balik nanti. Last2, Dia bawak separuh jalan je sebab asyik sesat barat je. Haha. Dan kerana, Aku memang nak balik cepat, sebab tu aku sanggup drive jugak. Fuhhhhh~

Lagipun, ini adalah bukti, yang orang kata, lepas LASIK, korang dah boleh drive sendiri. Memang betul la. Time ni memang takde pakai power mata. Macam tengok biasa je.

Ingat balik rumah boleh terus rehat ke?? Kena pulak cerita seround dengan mak aku apa jadi. Hee. Tag ni memang akan jadi kenangan sampai bila2. 

*A little bit teaser.

After operation. Percayalah! Tak seindah pon yang di sangka. Bukan aku terus nampak. Terus boleh gelak guling. Allah je tahu. Mungkin sebab aku jarang sakit kott. Jadi, bile sakit macam ni. .rase lemah je 1 badan aku.

Tapi, itu next post la. haha. Tak larat la aku tulis panjang2. Ini pon dah cukup panjang. So, till we meet again ya! :D

Ini pic antara yang paling latest. Sekarang dah jadi budak dua mata. 
Bukan mata empat lagi. Hehe.