Monday, May 28, 2012

Owh, Ipad!

hee~ tiba2 adek2 aku semua batak Ipad, termasuk la aku. Konon2 aku buat tak pandang la sgt. Tapi, da adek aku ajak bergambar sekali, kompem2 la aku join sekaki. haha. padahal bende nie dah lama ade kat rumah. Takde sorang pon pandang. But, bila da balik kampung, laptop takde, kamera takde, wifi takde, semua org sibuk la dok kejar Ipad kesayangan ayah nie. haha.


Hee~ sejak akhir2 nie mmg family aku tumbesaran dia macam semakin pantas aje. Adek2 aku, kononnya nak cover2. Nampak kurus. Tapi, mmg kelebaran mereka sentiasa jelas dan nyata. haha.
Btw, untuk kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kat adek aku yg bengong, Jima. 
sebab dapat nombor 3 kat dalam kelas. Siapa kata aku tak suka? Aku suka kot. Just aku tak suka sbb apasal kau tak dapat nombor 1 je tros? haha. Siapa tak suka kalau family dia berjaya? Aku sgt bangga kalau adek aku boleh berjaya, kalahkan aku pon tak pe. Lagi2, bila dapat buat umi dan ayah happy. Lagi aku suka. So, lepas nie, tak mau rasa rendah diri ya. Semua org pandai. Just cara dan masa je berbeza nak buktikan kemampuan kita. Tahniah adek jima! Hadiah? Sudah2 la. Duit aku mmg dah banyak habis kat kau aje selama ni pon. haha.


Time kat dlm kereta. Otw nak pergi air hitam. Biasa la, selagi tak nama nya perempuan. Harus la wajib mak aku borong sakan pasu2 kat situ.  Sampai kitorang pon kena heret sekali. haa. Mle2 jima dgn isha je sibuk dok bergambar. But, lama2, mne bole pinggirkan kakak kesayangan. haish, mmg tak patut. :p First, mcm blur je pakai kamera dia. Tak tau nak pandang kat mana semua. But, bak pepatah melayu, alah bisa tega biasa. Tue yg dapat snap pic yg mengalahkan artis tue. haha.

#cehhh, awl2 aku mention. Mulut kami mmg sepesen. haha#


Lepas dah boring tangkap gambar bertiga, ayah yg tengah drive pon jadi mangsa jugak. Hee~ nasib baik umi tidur dengan nyenyak nye kat sebelah. Kalau tak, adoiii. menanah telinga kena membebel. haha. Terbaik la ayah. Mmg sporting habis. Siap nk tangkap lg kot. But, tengah drive kn? Pendam je la niat terpendam ayah tue. haha.


Haha. Ni la sebab utama mak aku diam aje seribu bahasa. Kitorang kacau2 ayah time drive pon dia tak kesah. Kalau tak, habis la. . tak pasal2 sampai KL pon tak habis dia membebel nak cerita pasal etika memandu. hehe. Umi tengah bahagia menyulam mimpi. Konon2 nak simpan energy nk shopping kat air hitam nanti. hee~


Sebelum nak balik Puchong, dapat gak tangkap pic dgn adik laki aku. Nasib baik mood dy tga baik time nie. Kalau tak, mmg mimpi la nk ade pic dia sekali dgn kami.Time nie, nenek da bising2 terutama acu kesayangan. Siap perli2 lagi. 
"Asik gambar korang je kat dlm kamera nie. Tak payah nak buat muka comel2. Kalau dah fotogenik, buat muka biasa pon da cantik. "
Nie kat dalam hati aku berbicara,
" Kamera yg kitorang pakai ni. . ayah punya kott! Bukan org lain punya., Ayah pon suka kot tengok gambar2 anak2 dy yg cute nie. :p Oke, fine! Memang kami tak fotogenik pon. Sebab tue kami buat muka comel walaupon tak berapa comel nie. haish."
Urm, nasib baik da tua. Kalau tak, ade yg tak balik raya tahun ni. Sabar je la, duhai hati! haha. 

Bila family dapat berkumpul. Waaaa~ mmg gempak gilak kot. Aku sgt2 suka bila dapat spent time dgn family aku. So, tak pelik la kalau aku sanggup balik dari perlis setiap minggu semata2 nak sama2 dgn family aku. But, time nie. Ralat sikit. Jaja tak ade. Sebab dia pergi kem. So jaja, jgn jelez ya! Meh aku masukkan 1 gambar kau. Baru rasa lengkap this family. :)


Biar 1 day, kita boleh lagi tangkap lagi pic for 1family. Sebab sgt2 la susah nak semua org berkumpul. Sometimes, aku tak ade sebab ade nun jauh di hujung negeri. Kadang2, iwan pulak tak ade. Sebab tak semua tempat iwan ikot pergi. Ye la, dia kan lelaki. Sorang pulak tu. Sentiasa dapat pelepasan tak payah ikot ke mana2. Dan kadang2, jaja pulak tak de. Sebab dok kat asrama SAMTTAJ tue. Tambah2 lagi, sibuk nak kejar pangkat Sarjan KRS, latihan memanah dan entah ape2 lagi. Memang kompem la sgt susah untuk 7 ahli nie berkumpul dalam 1 gmbar. Yg nie pon gambar tahun lepas kot. Tue yg nampak semua kurus semacam. Hee~


Eyh, this for jaja. Tak adil pulak kalau aku wish tahniah kat jima aje. Untuk jaja, tahniah ya sebab dapat no.3 dalam pertandingan memanah. Peringkat negeri tue. Waaaa2! Aku mmg sgt bangga dgn adik aku. Nie mesti kau nampak muka aku kan kat papan tue? Tue yg senang je kau nak panah. haha. But, aku mmg sgt serius bila aku suruh kau kurangkan aktiviti sukan kau. PMR lagi penting untuk kau buat masa ni. Dan akhir sekali, Biar la kebahagiaan ni berkekalan sampai bila2. Amin.
Nota kaki: Rindu sama org yg buat aku happy+bahagia. :)